search

Wednesday, January 13, 2010

Pokok Gaharu

 

Mengapa kayu gaharu sangat bernilai.

Gaharu berasal dari perkataan Sanskrit ia itu ‘agaru’ yang bererti kayu berat (tenggelam) - menghasilkan produk damar atau resin dengan aroma yang harum apabila dibakar. Kayu gaharu dikenali juga sebagai agar wood, aloes wood dan eagle wood.

Kayu gaharu mengandungi bahan agarospiral, jinkoholeremol yang menghasilkan aroma gaharu untuk kegunaan minyak wangi. Manakala komponen methoxypenylethyl chrome pula menghasilkan bahan yang harum apabila gaharu dibakar.

Pengguna gaharu merentasi sempadan negara, bangsa dan agama. Gaharu digunakan untuk tujuan keagamaan China, unanai, ayuravedik dan Tibet di timur tengah gaharu dibakar untuk mengharumkan rumah.Manusia menggunakan gaharu semasa hidup dan ketika berlaku kematian. Ia digunakan juga untuk tujuan perubatan dan juga kecantikan.

Daun, akar dan kulit gaharu digunakan sebagai ubat anti malaria sementara air sulingan penghasilan gaharu dimasukkan perubatan selepas bersalin, antibiotik, antikanser, penyakit kewanitaan, demam, sakit badan dan sakit perut.

Gaharu digunakan sebagai bahan kecantikan sejak berabad yang lalu keranabaunya yang eksotik, harum dan mewangi seperti bunga. Serbuk daripadabatangnya digunakan untuk menghasilkan barangan kecantikan, sabun, lilin, ibat-ubatan dan minyak wangi.

Keharumannya dapat digunakan dalam bidang meditasi untuk mengurangkan stress. Ia juga penyakit kulit seperti kegatalan dan bengkak. Minyak gaharu dapat memberi ketenangan dan kerehatan minda. Ia juga dapat menyembuhkan kesan terbakar, menghalang pengeluaran peluh secara berlebihan serta membantu keseimbangan badan.

Pati minyak dan adunan kayu gaharu berkhasiat merawat penyakit kulit seperti jerawat, ulser dan ruam. Khasiat kayu yang pelbagai menyebabkan kayu gaharu digunakan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk wangian, krim, ubat salap, loysen, barangan hias diri dan minyak urutan.

                  “ HerBa WoRld “

No comments:

Post a Comment