sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat's claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak.
Keberkesanan gambir Sarawak memang telah diketahui berabad lamanya khususnya bagi penduduk-penduduk di Negeri Sarawak. Penggunaan gambir secara meluas telah menular ke semua negeri di Semenanjung Malaysia malah ke beberapa negara jiran seperti Indonesia, Brunei dan Singapura. Kesan dari penggunaan telah terbukti memberikan hasil yang luar biasa dan lebih murah berbanding ubat moden.
Kegunaan
melegakan sakit gigi,kanak-kanak berkhatan,Bertindik ,untuk melegakan sakit sementara sebelum di bawa ke hospital seperti terkena gigitan binatang yang berbisa seperti ular, kala jengkingatau sengat ikan seperti ikan keli, ikan sembilang dan sebagainya.
Populariti gambir Sarawak mula naik apabila penggunaan gambir ini amat berkesan bagi pasangan suami isteri dalam melakukan hubungan intim. Ramai kaum lelaki yang mencari gambir Sarawak ini di pasaran semata-mata untuk memberi kepuasan kepada pasangan mereka di dalam melakukan hubungan intim.
Gambir Sarawak mendapat sambutan yang hangat namun tiada penjualan secara komersil besar-besaran. Kebanyakkan peniagakecil menjual produk ini di pasar malam, kaki lima, gerai kecil di tepi jalan.
Mungkin kerana produk ini belum mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia lagi ia tidak dipasarkan secara komersil dan meluas. Harga gambir Sarawak ini pula (Semenanjung Malaysia) di antara RM10 hingga RM20 tetapi ia lebih murah jika dibeli di Negeri Sarawak. Oleh kerana sambutan yang hangat di Semenanjung Malaysia ini para peniaga mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati kerana mereka menyedari betapa sukarnya mendapatkan bekalan gambir ini di sini.
Makcik ! Bagi gambir Sekilo. Hah..! Ambik ni….
No comments:
Post a Comment