search

Wednesday, February 29, 2012

Government & People (Malaysia)

 

                    

Monday, February 27, 2012

SIKAP PANAS BARANG

                                            KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN!

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, "Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama".


Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut.

Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.


Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.
Tapi terlambat.... jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.

Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: "Sayang Mama Sampai Bila Bila".

This article will probably be published around jam 9.00 today.

Sunday, February 26, 2012

K'jaan diberi 24 jam tutup Lynas atau hadapi Hijau 3.0

    From M’KINI

Kerajaan hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.

NONE

Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.

Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".

"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.

"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya.-

 

                  

Sunday, February 19, 2012

Melawat Museum KAPAL-SELAM Di MELAKA

 

  Me,Jaez n JOeHand Frm Sabah. Waktu sampai di Teluk Kelebang hampir Pukul 9PM. Tapak lawatan telah tutup,Dgn budibica baik pakcik Security di gate, kami di benar masuk sampai di tepi pagar Kapal selam.

Walupun gelap kami tetap dpt melihatnya di terangi oleh sport-light.

Hahaha ni gambarnya….

Location

Address: Dataran 1Malaysia, Klebang, 75200 Melaka
GPS Coordinate: N 2.213988, E 102.198461

SAM_2024

SAM_2025

SAM_2030

 

 

    Reputed to be the first and only Submarine Museum (Muzium Kapal Selam) in Malaysia, it is opened to the public on 22 November 2011 for 10 days.  Thereafter, the Submarine Museum had been closed for refurbishment work and recently reopened on 17 December 2011.  One of the main attraction of the Submarine Museum is that it will house the decommissioned Agosta 70 class submarine named SMD Ouessant.

The Submarine Museum project cost the State Government RM12.6 million and will be the 25th museums under the management of Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM). The submarine was transported from Brest, France and successfully arrive in Melaka on 13 November 2011.

 

Contact Details

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Kompleks Warisan Melaka
Jalan Kota, 75000
Melaka
Tel: 06-2826526/2811289
Fax: 06-2826745
Email: admin@perzim.gov.my

French submarine Ouessant (S623) museum ship Melaka

 

    Ouessant (S623) is an Agosta-class submarine built for the French Navy. She was completed at the Arsenal de Cherbourg in 1978 and served the French Navy until her 2001 decommissioning.

From 2005 to 2009, Ouessant was employed as a training vessel to train Royal Malaysian Navy personnel who will operate the three French-built Scorpène-class submarines planned for the Royal Malaysian Navy. Despite official statements in 2009 that Ouessant had been sold to Malaysia [1], the position remained unclear.[2] Because of the Ouessant's role in the establishment of the Malaysian submarine forces, plans to return the vessel to Malaysia to serve as a museum ship were announced in July 2009.[3]; Ouessant was formally transferred to the Malaysian Government on 23 September 2011[4] to be transported to Klebang, Malacca to become a museum.

Career

Name:
Ouessant (S623)

Builder:
Arsenal de Cherbourg

Launched:
1978

Decommissioned:
2001

Fate:
Training submarine, 2005–2009

Status:
Transferred to Malaysia 2011

General characteristics

Class and type:
Agosta-class submarine

Displacement:
1,500 long tons (1,524 t) surfaced
1,760 long tons (1,788 t) submerged

Length:
67 m (219 ft 10 in)

Beam:
6 m (19 ft 8 in)

Speed:
12 knots (22 km/h; 14 mph) surfaced
20.5 knots (38.0 km/h; 23.6 mph) submerged
10.5 knots (19.4 km/h; 12.1 mph) submerged (snort)

Test depth:
300 m (984 ft 3 in)

Complement:
5 officers
36 men

Sensors and
processing systems:
Thomson CSF DRUA 33 Radar
Thomson Sintra DSUV 22
DUUA 2D Sonar
DUUA 1D Sonar
DUUX 2 Sonar
DSUV 62A towed array

Armament:
• SM 39 Exocet
• 4 × 550 mm bow torpedo tubes
• ECAN L5 Mod 3 & ECAN Fl7 Mod 2 torpedoes

 

       VISIT SUBMARINE OUESSANT S623 IN MELAKA (NOV 2011)

Tuesday, February 7, 2012

Set And Remove Password (Office Document)

 

    Microsoft Office applications Word, Excel and PowerPoint help users to prevent the files from unauthorized access by providing the feature of “Encrypt with Password”, which allows users to make their files password protected.

                Here you can see how to set and remove password:


            Set a Password to document in Word 2010

STEP 1

Click “File” tab > “Info”

STEP 2

Under “Permissions” click on “Protect Document” > “Encrypt with Password”


Set a Password for Word document and click “OK” button.

It’ll again ask to “Re-enter password”, so type it again and click “OK” button.

You will also observe the following message

Press Ctrl + S to save your document. Now your file is password protected and no one can open it without entering password.
How to Remove Password from a Word 2010 Document

STEP 3

Now, open your Password protected document, as following dialog box will open so enter the “Password” and click “OK”

STEP 4

Now, navigate to “File” tab > “Info” > “Permissions” > “Encrypt with Password”

STEP 5

The following screen will display which contains your file’s password, so simply select the password and delete it and click “OK” button

STEP 6

Now your document is not password protected anymore, Press Ctrl + S to save your document.

 

 

 


Set Password to document in Word 2007

STEP 1

Open your Word  document or create a new one and click on “Office” button > “Prepare” > “Encrypt Document”

STEP 2

Here, set a Password for your document

Re-enter the Password and click “OK”.

STEP 3

After that  press CTRL + S from keyboard to save the file.

How to Remove Password from a Word 2007 Document

STEP 4

Open your Password protected document, it will ask for “Password” so enter that

STEP 5

Click on “Office” button >”Prepare” and “Encrypt Document”

STEP 6

The following window will display, just remove the password from password text field and and hit “OK” button

Now, your document is password free, just press CTRL + S from keyboard to save the file and that is all.

 

                     HAVE A NICE DAYSSSS

Sunday, February 5, 2012

Penipuan d’Internet

 

  Click here 

                        

      Email from Nigeria

 

Check-list seleweng & bazir k/jaan BN

  

                        BACA ,PIKIR & SELIDIK ….. BUAT PILIHAN

                               ANDA MAMPU MENGUBAHNYA 

 Artikel M@rhaen

Gendang Pilihan Raya Umum Ke-13 bakal dipalu pada bila-bila masa. Inilah pilihan raya umum terpenting bagi seluruh Rakyat Malaysia setelah lebih 50 tahun negara dikendali oleh umno/BN.

Dengan pelbagai penipuan, penyelewengan, salahguna kuasa, kehilangan jumlah wang yang amat besar daripada kantung khazanah negara yang sebahagian besar kemungkinan tidak akan dapat dikesan, sudah tiba masanya kerajaan korup yang ada, ditukar.

Rakyat patut bersyukur kerana pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, atas kesedaran dan dayausaha sebahagian Rakyat yang mendokong perjuangan ke arah kerajaan yang bersil, adil dan telus, beberapa buah negeri telah dapat dirampas oleh Pakatan Rakyat dan dalam tempoh masa yang singkat, telah berjaya meletakkan negeri-negeri berkenaan kembali ke atas landasan yang betul - mengembalikan hak-hak Rakyat.

Dengan keupayaan yang serba terhad, terbatas dan tersekat dengan pelbagai halangan oleh kerajaan pusat umno/BN, kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada pakatan parti PAS, KEADILAN dan DAP masih mampu melaksanakan tanggungjawab dengan begitu cemerlang.

Perubahan tatacara pentadbiran negeri-negeri di bawah pakatan Rakyat telah dirombak dan disusun semula. Segala ketirisan telah dapat dibendung dan ditampal. Pelbagai penyelewengan telah dapat disekat. Namun begitu, Rakyat secara keseluruhannya belum dapat menikmati sepenuhnya hasil pentadbiran yang cekap, telus dan beramanah kerana tampuk pemerintahan kerajaan pusat di Putrajaya masih berada di tangan umno/BN.

Pilihan Raya Umum Ke-13 inilah yang bakal kita sama-sama jadikan sebagai mercu tanda perubahan pentadbiran secara total di peringkat kerajaan pusat kerana daripada situlah segala masalah yang sekian lama membelenggu kehidupan Rakyat ini bersarang.

Soal penyelewengan ini berterusan selama mana kerajaan umno/BN tidak disekat daripada terus menerajui tampok pemerintahan negara. Ayoh JOM TUKAR KERAJAAN - Melalui PRU-13 nanti, kita hantar Pakatan Rakyat ke Putrajaya, InsyaAllah.

- Weblog M@RHAEN.


  Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN.

1.    Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2.    Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.

Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.

3.    Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projek hidroelektrik Bakun.

           Pautan: Sime Darby kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti

 

4.    Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.


  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyak RM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.

5.    Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.
6.    Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.

Pautan: Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab

7.    Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.


  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta (Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)  Pautan: Isu pembelian Eurocopter

 

8.    Kos pembaikan bumbung  Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.
9.    Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10.    Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.
11.    Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.


12.    Kos membeli tiga buah lukisan oleh  MAS sebanyak RM1.5 juta.
13.    Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.


14.    Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.
15.    Baikpulih bangunan MATRADE  sebanyak RM120 juta.


16.    Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.
17.    Hutang tidak dapat dituntut InventQ  sebanyak RM228 juta.


18.    Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
19.    Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20.    Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyak RM1.8 billion.


21.    Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.


22.    Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.


23.    Dua skandal Bank Bumiputra pada wal  1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.


24.    Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai  mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)


25.    Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.


26.    Kerugian Perwaja Steel sebanyak  US$800 juta (RM2.56 billion).


27.    Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.


28.    Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29.    Penjualan MV Augusta dengan harga  €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta)  - sama seperti No. 18?


30.    Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)


31.    Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada  Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).


32.    Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.


33.    Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.

Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.

34.    Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selamScorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.


35.    Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.


36.    RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.


37.    Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38.    Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta
39.    Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara
40.    Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.
41.    Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal


42.    Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali  tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.


43.    Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.


44.     Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)


45.    Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.

46.    Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.
47.    Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.
48.    Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.
49.    Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.
50.    Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyak RM8.3 juta.
51.    Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.


52.     Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53.    Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
54.    Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55.     RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)
56.    Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)
57.    Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)


58.    Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)
59.    Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)


60.    Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.

61.    Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.
62.    Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63.    Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?


64.    Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

65.    Projek e-mel  1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.


66.    Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.
67.    Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68.    Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!


69.    Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100 untuk sehari semalam.


70.    “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

71.    Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72.    Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.

73.    Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.

74.    Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan.


75.    Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

 

                    Diterjemah & disusun semula oleh: Weblog M@RHAEN.