search

Thursday, August 21, 2014

ViPER4Windows

  pages to download :   http://vipersaudio.com/blog/?page_id=48

Tanpa melengah-lengahkan masa anda, saya nak kongsi satu perisian ini.
Namanya ViPER4Windows. Apa tu?


Nama perisian tu nak sama dengan aplikasi ViPER4Android FX ka?


Ya, kedua2nya dibawah ViPER’s Audio yang ditubuhkan oleh Euphy Wong atau lebih dikenali sebagai ViPER520. Pembantu beliau pula ialah Jasper Loo atau dikenali sebagai zhuhang.
Disini saya nak kongsi sedikit mengenai ViPER's Audio ni.


Pada 4 September 2013, XDA-Developers Portal menjadi pilihan mereka untuk mengembangkan dan memperkenalkan hasil kerja mereka pada orang ramai. Pada 20 September tahun yang sama, ViPER4Android telah diperkenalkan dalam XDA Developer TV. ViPER4Android terpilih Android App Review oleh XDA TV crew.


Mereka juga buat page di laman sesawang Facebook > ViPER's Audio
Pada 17 Oktober masih lagi tahun yang sama, mereka mendapat 1,200 like dan ahli kumpulan mereka hampir 1,200 ahli. Akhirnya, pada tahun 16 Oktober ya masih lagi tahun yang sama mereka melancarkan lawan sesawang mereka iaitu http://vipersaudio.com/blog serta melancarkan perisian baru mereka, ViPER4Windows.


Ini bermakna ViPER's Audio menyokong dua platforms iaitu Android ( ViPER4Android FX ) dan Windows ( ViPER4Windows ).


Untuk Android, ViPER4Android FX menyokong versi Android dari 2.3 Gingerbread > 4.4 Kitkat.


Untuk Windows, ViPER4Windows menyokong Windows Vista > 8.1
Setakat ini sahaja pengenalan mengenai ViPER's Audio, ViPER4Android FX ( yang ini jika ada kelapangan saya terangkan, cara pemasangan untuk Android ).


Kita balik pada topik kita, iaitu ViPER4Windows.
Sebelum nak pasang tu, pastikan anda mematuhi keperluan sistem a.k.a system requirements :

  • Untuk pengguna Windows Vista dan 8/8.1, pastikan anda sudah pun memasang Microsoft .NET Framework 2.0. Untuk pengguna Windows 7 jangan bimbang kerana sudahpun ada Microsoft .NET Framework 2.0 :)
  • ViPER4Windows boleh dipasang pada 32-bit dan 64-bit.
  • Minda yang tenang ( lepas pasang boleh layan lagu :3 )
  • Muat turun perisian ini. Jangan risau, halal dan diambil sumber yang sah! :P >
    ViPER4Windows, v1.0.5
Dah lengkap?
Ok boleh pasang seperti biasa, cuma kena klik kanan " Run As Administrator ". Tapi saya pasang tanpa klik tu tiada masalah. ( Sebenarnya terlupa nak klik tu. Hahaha )
Lepas pasang akan keluar macam ni gambar bawah ni

        

                     klik untuk lebih jelas

Jika anda keliru, hanya perlu tanda ✔ dekat kotak macam gambar atas. Jika ada banyak, tanda ja kesemuanya :3. Macam notebook saya ni, ada 1 ja :(
Lepas sudah memasang perisian tu, buka perisian itu ( jika tidak automatik buka selepas pemasangan ) dan ia akan sama seperti gambar di bawah.

                 

                                 klik untuk lebih jelas

Saya nak cerita lebih teliti mengenai tetapan ini pun, saya tak berapa tahu sangat. Maklum la baru guna >.<
Macam saya ambik seperti gambar di atas tu rumit sikit sebab banyak tetapan sangat.
Jika tetapan mudah seperti gambar di bawah.

                   

                                  klik untuk lebih jelas

Kotak yang berwarna kelabu tu bermakna tutup dan warna biru itu ialah pasang.
Di bawah terdapat Equalizer di mana anda boleh mengubah ikut citarasa anda :D
Ini contohnya

                   

                                       klik untuk lebih jelas

Anda boleh ubah ikut cita rasa anda. Yang Realtime adjusting tu jika anda enable dia, anda usik sikit ja equalizer tu akan berlaku dalam masa sebenar. Hati2 jangan sampai speaker anda pecah :3. Saya tidak tanggungjawab sekiranya berlaku kerosakkan pada speaker anda.
Setakat ini sahaja saya menaip, jika ada sebarang masalah, atau pendapat serta pengalaman menggunakan perisian ini boleh komen di bawah :)
Perisian ini amat sesuai untuk anda yang laptop pakai driver windows ( takda Realtek, Dolby ataupun Beats ).


Bagi yang ada dah, nak pakai pun tiada masalah rasanya. Notebook saya memang takda semua tu. >.<. Oh ya, jika anda rasa tiada perubahan selepas restart, anda buka balik perisian tu yer :)

 

                              ALL THE BEST

Cara Buat Penawar Jika Nak Demam, Batuk, Selesema Atau Pening Tapi Malas Jumpa Doktor

Penawar Jika Nak Demam, Batuk, Selesema Atau Pening Tapi Malas Jumpa Doktor -

          sekarang ni kerap hujan jadi sapa-sapa yang berasa nak demam atau demam, batuk , selsema, pening dan lain-lain tetapi malas nak gi jumpa doktor tu mari saya ajar buat penawar yang ringkas-ringkas...banyak kali dah saya guna ...setakat ni selalunya berkesan...kalau nak try buat seperti arahan di bawah:

penawar demam, penawar batuk, penawar selesema, cara legakan demam, cara legakan batuk, cara legakan selesema, penawar bila pening, cara legakan pening kepala,

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Limau nipis sebiji (saiz sedang-sedang)
  2. 2 sudu besar Madu Asli
  3. 1/2 cawan air sejuk

Cara penyediaan:

  1. Belah limau nipis tu.
  2. Perah limau nipis tersebut dalam cawan yang ada air sejuk setengah cawan tadi tu.
  3. Campurkan madu.
  4. kacau ikut pusingan lawan jam.
  5. Baca Bismillah dan minum.
  6. Tidur sekejap
  7. Kemudian, ulang langkah 1-6 dalam masa 4-6 jam kemudian

InsyaAllah dengan kuasa Allah dalam 2-3 hari boleh sihat balik dan mudah-mudahan jimat rm20-rm30 jika pergi ke doktor. Cara penyediaan macam ni saya dapat dari seorang guru ketika belajar.

Buah Manjakanin

         


Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat.

Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.


Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-


- Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.


- Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.


- Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.


- Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.


- Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.

- Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.


- Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.


- Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.


- Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.


- Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.


- Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.


- Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
- Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.


- Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.


- Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.


- Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

Khasiat Manjakani 1.
Ramai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaj bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.


Cara:
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.


Khasiat Manjakani 2
Ini tambahan petua bagi mengeratkan hubungan suami isteri, menurut nasihat orang lama, biji majakani dimasukan ke dalam nasi yang sedang ditanak. Apabila nasi telah betul-betul tanak keluarkan biji tersebut, kupaskan kulitnya yang telah lembut, digentelkan dan ditelan. Buat selama tiga hari berturut-turut. Insyaallah anda akan merasakan perubahan yg ketara dalam hubungan suami isteri.


Khasiat Manjakani 3
Untuk ibu selepas bersalin. Masa dalam pantang biasanya manjakani direbus lama-lama dengan air dan dibuang kulitnya. Lepas tu dikepal-kepal isinya dan masukkan dalam ketulan nasi. Boleh juga masukkan dalam kapsul ubat. Airnya sekali teguk je, minum. Minum laju-laju, itu petuanya kalau nak bagi habis. Untuk sapuan pada luka bersalin pula, manjakani kering diasah dan serbuknya disapu pada luka bersalin. Tapi pastikan manjakani dan alatan yang digunakan bersih, nanti ada jangkitan pula.


Selamat mencuba.