search

Sunday, May 5, 2013

505: BANYAK PENGUNDI MERAGUKAN ?

Terdapat pengundi yang meragukan muncul di pusat pengundian di Pandan tetapi beredar selepas dibantah oleh agen pengundian Pakatan, dakwa calon PKR Pandan Rafizi Ramli.
Katanya, seorang pemilih di Parlimen itu Seok Leong Yew memaklumkan pasukan petugasnya, terdapat pengundi meragukan didaftarkan menggunakan alamat rumahnya.
NONERafizi berkata, pihaknya telah mengedarkan semua nombor kad pengenalan yang meragukan kepada agen pusat pengundian dan setelah itu mereka membuat bantahan.
"Oleh kerana orang kami bantah (pengundi meragukan), dia tinggalkan tanpa mengundi," kata Rafizi dalam sidang media di hadapan ibu pejabat polis daerah Ampang sebelum masuk dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Rafizi ditemani seorang pengundi Sivaprakasam Kuruppiah yang juga mendakwa alamat rumahnya turut didaftarkan pengundi lain.

No comments:

Post a Comment