search

Showing posts with label Beware. Show all posts
Showing posts with label Beware. Show all posts

Monday, August 24, 2015

Handphone ori ke Tak

Berkenalan dengan telefon kita


IMEI merupakan singkatan kepada International Mobile Equipment Identity, dimana setiap peranti mudah-alih didatangkan dengan angka identiti yang unik, dimana berlainan dengan setiap yang lain.


Sekiranya anda membeli peranti baru, anda akan dapat melihat angka IMEI ini di beberapa lokasi, seperti pada bahagian bateri, kotak peranti, mahupun pada resit yang dibeli oleh anda.
Anda juga boleh menyemak nombor IMEI anda dengan mudah pada peranti anda melalui;


Untuk iOS, anda perlu ke bahagian Settings > General > About
Untuk Android, anda perlu ke bahagian Settings > About Phone
Untuk BlackBerry anda perlu ke bahagian Options > Status
Untuk Windows Phone, anda perlu ke bahagian Settings > About > More Information


Sekiranya cara semakan tersebut agak sukar untuk anda, cara mudahnya adalah dengan hanya mendail *#06# pada peranti anda, dan nombor IMEI akan diperlihatkan serta merta. Setiap IMEI hadir dengan 15 digit yang mana masing-masing mempunyai kegunaannya dalam memberikan identiti dan informasi untuk peranti anda.


1. Taip *#06#
2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
3. Semak nombor pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 123456019012345
4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
5. Untuk semak sama ada phone ori atau tidak, check kod di bawah.
•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal = BEST MOBILE QUALITY
•13 : dari Azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH


Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan untuk mengenal-pasti identiti peranti anda, dan salah satunya adalah IMEI.info, yang dikemaskini dengan pelbagai angka IMEI setiap hari. Namun, terdapat beberapa peranti yang tidak termasuk dalam pangkalan data mereka, menjadikan bukan ke semua peranti boleh diketahui melaluinya.


Semakan Pendaftaran Nombor IMEI
Jadi, mungkin ramai yang kini tertanya-tanya, apakah kegunaannya? IMEI mempunyai pelbagai kegunaan, dan untuk pengguna biasa, ia amat berguna sekiranya anda ingin mematikan peranti anda sekiranya kehilangan ataupun dicuri dan sebagainya.


Memandangkan IMEI digunakan sebagai identiti untuk telefon anda, maka sekiranya anda kehilangan peranti, anda boleh menghubungi syarikat telekomunikasi dan melaporkan mengenai kehilangannya, dan senarai hitam akan peranti tersebut, sekaligus menjadikan ia tidak berguna lagi.


Namun, seperti biasa, terdapat beberapa kejadian, dilaporkan angka IMEI boleh diubah oleh pencuri dan menjadikan ia boleh digunakan semula. Untuk tujuan ini, angka yang tidak disenara-hitam akan digunakan. Jadi, untuk sebab ini, ia sering dikatakan angka IMEI perlulah disimpan untuk kegunaan peribadi, dan tidak dikongsikan kepada umum, yang mana boleh menjadikan peranti anda di klon dengan mudah.

Wednesday, July 15, 2015

MALAYSIA TANAHAIR –KU

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu

Darah tumpah dan aku dilahir
Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding, berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam, berkudis
Demam panas dan kadang-kadang meninggal
Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi

Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan

Bangsaku dibebas, merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak, tidak, tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
Bahkan mungkin lebih tinggi
Politik yang menyelamat dahulu
Terus membela bangsa
Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan
Kemudian…
Malang dan sedih,
Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
Mana bahagian aku?
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu

Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya

Image result for DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

Monday, April 13, 2015

Service / Maintenance kereta (Asas)

Perkara Asas Yang Perlu Diketahui Mengenai Servis Kereta

 

Menghantar kereta ke bengkel untuk diservis adalah cara yang terbaik bagi mereka yang tidak mahir dalam proses penyelenggaraan kenderaan. Namun jika anda tersilap langkah dengan menghantar kenderaan anda ke bengkel yang "cekik darah" atau "bengkel jerung", pasti anda akan "disembelih" lantaran harga caj perkhidmatan yang adakalanya tidak munasabah dengan kerosakkan yang sebenar.


Berikut adalah 23 perkara asas tentang servis kereta yang biasanya dilakukan oleh sesetengah pengusaha bengkel baik pulih dan servis kenderaan kepada pelanggan yang kurang arif berkenaan dengan kerja-kerja penyelenggaraan :


1. Minyak hitam.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan . Kalau minyak jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km atau 10,000km.


2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Kebiasaannya, apabila tukar minyak enjin tu, maka tukarkan juga filter minyak tu sekali (oil filter)


3. Spark plug - 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Tapi jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km tidak menjadi masalah... Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, "electrode" akan menipis, maka perlu ditukarkannya ...Harga untuk 4 biji adalah sekitar RM20.00 ke RM25.00.


4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...Jika kita selalu buat pengisian semula airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun... kalau selalu lupa topup dan selalu kering..., dalam masa 6 bulan pun bateri boleh "kong".
Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah "top up" air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok.
Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..


5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ini mengikut jenis kereta. Banyak pengguna tidak tahu akan hal ini. Apabila perjalanan sampai 60,000km terus tukar yanpa mengira kereta apa yang digunakan.


6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita.


7. Fuel Filter - Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00..


8. Air Filter atau Filter Udara - di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak perlu tukar, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh dilanjutkan hingga 30,000km kepada pengguna yang ingin berjimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Caj hanya sekitar RM200++. Jika anda selalu tukar ATF, hanya pertukaran biasa sahaja, budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta.car maintenance tips basic engine bay layout 500x264

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.


12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km bolehlah tukar sekali.Kalau air radiator anda warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.


14.Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai "preventive maintenance"
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar.


15.Contohnya, jika kita hanya mengikut sahaja apa yangg di syorkan oleh pembuat alat ganti, contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak "cap ayam" yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.


Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah "made in china". Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.


17. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km unttk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

18. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, "gigi" masih elok maka tak perludi tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.


19. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Kataklah kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada caj tambahan. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar. Walau bagaimanapun, ini bukan servis biasa. Dah kira kerja yang major juga. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.


20. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Ini pun sudah dikira major work. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.


21. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.


22. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

 


23. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.


Sumber: provoox.blogspot.com

Tuesday, November 4, 2014

Gunung Kinabalu – Cabaran dari Laban Rata to Low’s Peak


Catitan dari -- Rdlee Lee

October 29 at 1:51pm · Edited

Mt Kinabalu - Menuju Puncak (Laban Rata ke Low's Peak - Jarak 2.72km)

Jarak antara Laban Rata dan Low's Peak ialah 2.72km tidak lah begitu jauh sangat (diatas kertas nampak dekat) namun cabaran yang bakal menanti agak boleh tahan. Pergerakan seawal jam 2.30 pagi dibatasi dengan :

1. Cuaca Sejuk
Suhu yang mencecah 5-12 darjah selsius membuatkan ramai menggigil (berabis nah ko membungkus diri) sebenarnya ia hanya berlangsung sekitar 10 minit. Selepas itu kita merasa satu lagi cabaran panas pula berjaket paksa lagi membuka jaket suda lah sarung tangan tebal susa meng'zip' hishhh...kacau betul kan...

Tips : nda payah berabis bungkus semua anggota badan cukup sekadar berjaket tapi nda payah zip biar ada udara keluar masuk (mula2 ja tu sejuk lepas tu panas). Lagi satu nda payah pakai glove sampai tali baru pakai (cukup kasi masuk tangan dalam poket)

2. Suasana Gelap
Keadaan gelap memang perlu lampu suluh (Headlight paling praktikal) nanti kalau sampai tali susa lagi pigang tali sambil pigang toslait. tengok pergerakan pendaki jangan sampai heading punggung orang depan.

Tips : jangan suluh muka orang (silap2 kena maki pula)

3. Ketidak selesaan dengan pakaian
Pakaian pilih lah yg mudah dipakai (kadang zip pun susa mo turun naik) tidak terlalu besar dan berat (ada juga jaket yg berkilo2) jangan sampai susa gerak.

Tips : cukup sekadar 1 thermal dan satu jacket (windproof)

4. Trafic Jam
oleh kerana rata2 pendaki bergerak pada waktu yang hampir sama maka Trafic jam sukar dielak. kepada yg laju dan fit nda masalah (boleh potong sana sini) tapi jika kurang mampu merempit celok sana sini sila lah ikut barisan. kalau ada yg laju jangan block nanti kena sound...

Tips : kalau mo berehat boleh tapi jangan duduk (berdiri di siring2 dan bagi ruang pendaki lain memintas)

5. Trail (Tangga2 kayu yang amat memenatkan + batu batan)
Kalau mo cerita bab ni satu hari satu malam nda siap. Tangga kayu dan bonggol2 batu sejauh 700 meter(memang bikin stress) dipermulaan ini kalau nda tahan hati mau saja turun tidur.

Tips : satu langkah satu nafas dan bergerak zigzag atur nafas atur momentum.

Cabaran pertama ialah dari Laban Rata (KM6) sampai Permulaan Tali di Rock Face (Mendidig)KM6.7) Sepanjang 700 meter itu sangat jam susa mo memotong (kalu campin sinang ja) sana la kita berhabis2an membina momentum, mental dan fizikal)

Cabaran Kedua ialah dari KM6.7 ke KM7.1 (Sayat-sayat) check point. Kegayatan dan kecuraman selalu menghalang disana... yg gayat telampau memang menangis di tengah2... minta kasi turun (hanya yg telampau gayat bah...biasa ok juga tu) itu lah juga kawasan yg dorang panggil Rock Face (Danger Zone)

Cabaran Ketiga KM7.1 ke KM8 Trail yg rasanya macam panjang sangat...nda habis2... ujian sebenarnya disana... tidak juga curam sangat cuma panjang dan menyiksa jiwa raga... tekniknya mudah ja...atur pernafasan cam biasa...zigzag saja... kalau jalan lurus macam laju tapi cepat penat... sa gerenti baru 10-15 langkah terpaksa berenti sesak nafas kalau jalan lurus... kalau zigzag walaupun jalan pusing2 nampak slow tapi langkah yg lebih banyak dan kurang memenatkan... suda betahun2 saya guna teknik ini dan nyata senang memotong orang yg jalan lurus... dengan mudah sekali.

Cabaran keempat KM8 ke Puncak (KM8.72) walaupun 720 meter ja tapi kerana suda agak kepenatan macam nampak masih jauh... realitinya dekaaaaat suda tu... permulaan yg sedikit landai akan menguji dengan hebatnya di 200 meter terakhir (boleh tahan curamnya nasib baik ada tali)
Mental dan fizikal sangat teruji disini... sejuk lagi... ini lah time hingus pandai berderai2 ahahahha. tapi bila sampai puncak sa gerenti ia suatu catatan sejarah paling gemilang....

                    Good Luck...

Wednesday, September 17, 2014

24 Tips Asas Servis Kereta 24 Tips Asas Servis Kereta

                         clip_image001

1. Minyak hitam.

Minyak hitam yg bukan sintetik tu – setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik – mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter – sama seperti minyak enjin.

Minyak mineral biasa – 5000km

Minyak Synthetic – 7500 - 10000 km

Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug – 20,000 km ikut schedule maintenance book!

Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k masih OK…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji biasanya.

4. Bateri kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun…kalau selalu lupa topup dan selalu kering…6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai… BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt

60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun!

6. Clutch plat

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter

Tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara

Yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF

Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100…ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil

Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant

Sebotol RM8-RM15… selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa”3 bulan” “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai “preventive maintenance”

15. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Dengan Preventive Maintenance Schedule ni anda harus mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar supaya tidak mudah di tipu.

16. Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun.. Elok beli minyak di stesen minyak – confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi kebanyakan bengkel boleh katakan 90% spare-parts x ori.

18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok – tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug – every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket – tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad – tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake – pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timing belt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc

Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc

Vios NZE10- enjin 1NZ-FE 1500cc

 

24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tendsioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

 

                             image

Sunday, July 7, 2013

‘Sistem pendidikan negara telah gagal’ ???

                

PETALING JAYA: Bekas menteri kabinet, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa sistem pendidikan negara telah gagal dan kerana itu ia tidak boleh dipertahankan lagi.

Menurutnya, satu tindakan  yang ikhlas, radikal dan berani diperlukan, walaupun memerlukan masa yang lama.

Tengku Razaeigh bagaimanapun, berkata, ia boleh dipercepatkan dengan mempelajari dan melihat kepada model yang telah terbukti berjaya di negara China, Korea Selatan dan Finland.

“Kita juga gagal dalam mempersiapkan tenaga mahir dan berketrampilan. Kurang lebih 20% graduan kita menganggur dan majikan swasta dan MNC lebih cenderung memilih graduan dari luar sistem kita

“Renunglah apa yang berlaku sekarang. Perspektif mana pun yang kita pilih, seandainya kita jujur, akan meletakkan kita berada jauh daripada yang kita inginkan.

“Daripada empat tujuan yang saya sebutkan tadi, tiga masih gagal. Kita gagal dalam urusan penyepaduan, kita gagal dalam memperkaya dan memperdalam ilmu kerana kerana kita masih tergolong sebagai bangsa yang lebih kepada memanfaat teknologi daripada mencipta teknologi,” katanya di majlis makan malam anjuran badan bukan kerajaan mengenai pelajaran di Kuala Lumpur malam tadi.

Untuk memperbaiki sistem pendidikan, Tengku Razaleigh mengesyorkan supaya mengadakan pelan pendidikan negara 2013-2025.

11 aspek utama

Pelan ini, katanya antara lain menggariskan 11 aspek utama yang memerlukan anjakan signifikan untuk menjamin kejayaan walaupun tidak mungkin menghasilkan penyelesaian yang menyeluruh.

Namun, katanya, dasar tanpa perlaksanaan yang betul dan konsisten tidak mungkin berjaya. Oleh itu tumpuan khusus harus diberi untuk memantau dan memastikan perlaksanaannya.

“Kita juga harus menerima sebarang idea untuk pembaikan pelan ini serta diterap dan dilaksanakan bersama,” tambah beliau lagi.

Menurut Tengku Razaleigh, Malaysia berada di tangga 55 daripada 74 negara yang menyertai program penlaian pelajar antarabangsa untuk tahun 2009.

Katanya, dalam penilaian ini sebahagian besar pelajar berumur 15 tahun gagal memenuhi kelayakan minima – 60% untuk matematik, 44% membaca dan 43% dalam sains.

Manakala, kajian antarabangsa terhadap mata pelajaran sains dan matematik tahun 2007, juga menghasilkan keputusan hampir sama.

“Secara purata 20% pelajar kita tidak menepati keperluan minima dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut.Ia juga menunjukkan penurunan berbanding tahun 2003 dan trend ini pasti mengkhuatirkan.

“Anehnya ia tidak selaras dengan pencapaian cemerlang di peringkat nasional yang hampir setiap tahun dihebah-hebahkan secara besar-besaran?

“Apakah sistem penilaian kita rendah, tidak menepati standard dan tidak tepat sehingga kita cemerlang menurutnya tetapi gagal berprestasi apabila berdepan dengan penilaian antarabangsa yang lebih konklusif.” tambah Tengku Razaleigh.

Monday, June 24, 2013

MASK OUT OF STOCK IN MOST AREA IN KL DUE TO MASKMAN INVADER ….. Hehehe…..

ninja_wallpaper

   PLS STAY AT HOME …

        DO NOT SHOW YOUR FACE IN KL N SELANGOR STREETSSsss

              IF YOU LOVE YOURSELF………..

HAZE Attack KL – Vehicle Overturn

                       file picture

Lori OverTurn This Morning due to Alien HAZE attack put near by Jalan Kucing massive JAMMMmmmmm .

Haze REPORT Picture

              2013-06-23 11.36.43 23june2013

            2013-06-24 12.45.47 24June2013

  All School in Kl & Selangor CLOSE TODAY….  HUrreYYYY !!!!

Saturday, June 22, 2013

Dato Husam d’tahan Lalu dbawa dgn kereta balik Kelantan

Beliau saat ini sedang dibawa ke IPD Kota Bharu menaiki kereta peronda polis untuk disiasat atas kenyataannya yang dikatakan mengeluarkan pandangan bahawa peserta himpunan Blackout 505 'mati syahid' sekiranya terkorban.


DPPNK menyifatkan tindakan menahannya di Kuala Lumpur dan membawanya ke Kota Bharu hanya dengan menaiki kereta merupakan satu tindakan yang tidak wajar memandangkan statusnya sebagai seorang pemimpin.

Apatah lagi kesalahan yang didakwa dilakukan bukanlah jenayah yang serius yang memerlukan tangkapan segera. Adalah lebih waras sekiranya beliau dipanggil memberikan keterangan di Kota Bharu dan semua pihak yakin beliau tidak ada sebarang masalah untuk berbuat demikian.
DPPNK mendesak agar kenyataannya diambil pada malam ini iuga dan dibebaskan dengan kadar seberapa segera. Ini kerana DPPNK mendapat maklum daripada ahli keluarganya bahawa kesihatan beliau kurang stabil dan memerlukan rehat.


Selagi beliau belum dibebaskan, DPPNK tidak teragak-agak mengerahkan seluruh kekuatan pemuda di negeri ini berkumpul di hadapan IPD Kota Bharu bagi menunut pembebasan beliau.

Hari Ini Bersama 505 Blackout 622

2013-06-22 12.28.11 2013-06-22 12.22.30 2013-06-22 12.24.05 2013-06-22 12.23.47 2013-06-22 12.30.18 2013-06-22 12.46.39 2013-06-22 13.23.04 2013-06-22 14.26.33 2013-06-22 15.40.56 2013-06-22 15.48.16 2013-06-22 15.48.33 2013-06-22 15.51.42 2013-06-22 15.43.25 2013-06-22 16.29.59  2013-06-22 17.25.08

Friday, June 21, 2013

Buat Pangilan Handphone semasa Ada Jammer

Photo: SILA AMBIL PERHATIAN...

ALAT FREQUENCY JAMMER bagi menghalang isyarat selular.Tujuannya ialah untuk menghalang komunikasi antara orang ramai telefon dan juga Internet.Pernah berlaku semasa BERSIH 3.0 sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, jammers telefon bimbit adalah satu alat yang digunakan untuk mencegah telefon bimbit daripada menerima isyarat daripada stesen pangkalan(base stations).Jammers telefon bimbit menyekat penggunaan telefon bimbit dengan menghantar gelombang radio yang berfrekuensi sama dengan yang digunakan oleh telefon selular.

Apabila digunakan,jammers berkesan melumpuhkan telefon bimbit.Alat ini diharamkan untuk penggunaan biasa oleh beberapa negara di dunia.

CARA UNTUK MEMBUAT PANGGILAN KECEMASAN

-ON/OFF Telefon @ Restart.
-Pastikan rakan yang hendak call juga berbuat sedemikian juga.
-Panggilan boleh di buat lebih kurang masa 2 minit setelah ON/OFF @ Restart Telefon...

ALAT FREQUENCY JAMMER bagi menghalang isyarat selular.Tujuannya ialah untuk menghalang komunikasi antara orang ramai telefon dan juga Internet.Pernah berlaku semasa BERSIH 3.0 sebelum ini.

Untuk pengetahuan anda, jammers telefon bimbit adalah satu alat yang digunakan untuk mencegah telefon bimbit daripada menerima isyarat daripada stesen pangkalan(base stations).

Jammers telefon bimbit menyekat penggunaan telefon bimbit dengan menghantar gelombang radio yang berfrekuensi sama dengan yang digunakan oleh telefon selular.
Apabila digunakan,jammers berkesan melumpuhkan telefon bimbit.Alat ini diharamkan untuk penggunaan biasa oleh beberapa negara di dunia.

Cara2 Mengatasinya :

CARA UNTUK MEMBUAT PANGGILAN KECEMASAN
-ON/OFF Telefon @ Restart.
-Pastikan rakan yang hendak call juga berbuat sedemikian juga.
-Panggilan boleh di buat lebih kurang masa 2 minit setelah ON/OFF @ Restart Telefon...

 

Photo: Dup Dap Dup Dap..... Lagi Sehari Sahaja Tak Sabar Rasanya Padang Merbok Nanti Ketibaan Kami ADMIN Dan Kawan2 Akan Turun.... Ayuuhhhh Sahabat Semua Jangan Lupa Yarr Janji Kita Esok 22 Jun Bakal Menjadi Himpunan Paling Besar Dalam Sejarah Malaysia....

- Boss

Betui ka Gaji ..Pengerusi SPR , Banyak Nie ?.Sebab tu Liat nak lepaskan Jawatan

 

Pengerusi SPR. Gaji RM14,607.70.
Elaun keraian RM5,000.
Elaun rumah RM2,500.
Elaun pembantu rumah RM1,000.
Gaji + Elaun bulan = RM23,107.70.

PATUT PUN LIAT SANGAT DOK PERTAHAN JAWATAN !

           Sumber Fb Otai reformasi

           Nanti Kita siasat ….OK… Jgn Fitnah.

Wednesday, June 19, 2013

BlackOut 2206 Who’s Coming

black_and_white_anonymous

                    PADANG MERBUK KL

Jibby StepDown? KULI New Era ?

      

               Rise Of New Malaysia