search

Friday, May 17, 2013

Hj Lu Gua 2

Testimonial

Aku dah pernah tulis pasal Haji Man Gua atau yang aku panggil Haji Lu Gua sebelum ini. Kalai pertama dulu aku pergi dapatkan rawatan kepakarannya membetulkan rasa terseliuh pada pergelangan kaki dan juga rasa tak sedap pada lutut aku.
Ramai jugaka yang minta maklumat lanjut selepas aku ceritakan keunikan cara rawatan yang ditawarkan oleh Haji Man Gua ini. Mengikut Haji Man, ramai jugak yang datang temuinya setelah membaca posting aku yang lalu.

Oleh kerana aku juga turut ceritakan pada kawan-kawan lain, maka pada minggu lerpas aku terpaksa membawa 2 orang lagi kawan yang mahu mendapatkan khidmat Haji Man Gua kerana mereka rasa tak selesa dengan badan yang terlalu banyak digunakan tetapi tidak pernah mendapat rawatan selenggara.
Sebagaimana kata Haji Man, kalau kereta tidak dibuat alignment, pemanduan akan terjejas tidak sedap dan boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian lain terutamanya tayar akan kerap botak sebelah.
Badan macam tu juga, bila dah terlalu lama pakai sendi akan lari daripada kedudukannya dan anggota lain akan mendapat kesan sampingan seperti senget sebelah, lenguh, kebas dan berbagai-bagai masalah lain lagi.

Kali ini aku bawa kawan sekampung Haji Man Gua yang juga merupakan kawan aku. Tak tahu pulak sebelum ini rupanya kawan aku tu dah lama berkawan dengan Haji Man Gua sejak kecil kerana mereka sekampung.
Jadi kedatanagn kami baru-baru ini jadi meriah dan selesa. Dari kawan aku tu juga aku baru dapat tahu rupanya ramai Dato' dan orang kenamaan lain yang dah tua lanjut datang mendapatkan rawatan pemulihan barang lelaki. Kebanyak mereka terpaksa betulkannya kerana berkahwin dengan isteri baru yang jauh lebih muda.
Apa lagi kawan aku yang berdua tu terus mendapatkan rawatan yang sama di samping rawatan perbetulkan struktur tulang di seluruh badan mereka.
Aku mendapatkan khidmat Haji man buat kali kedua walaupun tak ada apa-apa sangat masalah pada badan aku. Haji Man Gua betulkan seluruh sendi aku sekali lagi termasuklah tulang belakang dan juga sendi bahu aku. Aku tak dapatkan rawatan barang lelaki aku lagi kerana masih tidak diperlukan buat sementyara waktu ini.
Jadi kali ini aku update untuk memaklumkan satu lagi rawatan baik yang aku tak beritahu pada pembaca semua sebelum ini. Rawatan barang lelaki anda....jangan segan untuk mendapatkan rawatannya kerana tidak rugi...hehehe
Gambar atas sekali adalah rupa Masjid di Simpang Durian yang aku singgah solat Zohor sebelum pergi ke Rumah Haji man Gua tempoh hari.

4 comments:

  1. en kena buat temujanji dulu atau blh terus pergi. jika ada hp perurut itu blh bg pd sy 0133400598

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terus pegi je. Saya pon nak pegi hari sabtu ni

      Delete
  2. Makcik nk try urut urat saraf, sendi2 yg sakit. Ni otw gi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik dah pegi ke urut dgn hj man lu gua? Ok tak?

      Delete