search

Monday, May 6, 2013

Pilihan TMB dan BM Baru Kelantan Akan Memberi Impak Yg Kurang Baik Pada Kelantan

 

  Itu Pandangan Gua je. jangan Marah Nanti Kena Juall…!!!!

   Bagi Gua lebih Baik Lantik Husam.

Petang ini bekas Timbalan Mernteri Besar Ahmad Yaacob telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru dihadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V di istana di Kota Bharu.
Perlantikan Ahmad itu secara automatik menamatkan perkhdimatan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan. Selama kira-kira 23 tahun Nik Aziz berkhidmat sebagai menteri besar Kelantan.


Dalam tempoh itu beliau melalui lima kali pilihan raya umum, 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008 di mana kesemua pilihan raya dimenangi PAS. Dan pilihan raya ke-13 PAS berjaya mengekalkan penguasaan ke atas Kelantan.
Apa dicatat Nik Aziz itu satu sejarah yang belum pernah dicatat mana-mana bekas MB Kelantan.

Hari ini juga Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai TMB Kelantan. Mungkin pemilihan Ahmad Yaacob sebagai MB tidak mengejutkan kerana senioritinya dalam parti, tetapi pemilihan dan perlantikan Mohd Amar sebagai TMB sedikit ganjil.
Perlantikan Mohd Amar itu tidak mengikut senioriti di dalam parti seperti amalan sebelum ini. Mohd Amar adalah Timbalan Pesuruhjaya III, di mana Ahmad Yaacob adalah timbalan pesuruhjaya I, manakala Husam Musa adalah timbalan pesuruhjaya III.
Dari segi kemunasabahan Husam sewajarnya dilantik menjadi TMB.

No comments:

Post a Comment