search

Monday, May 13, 2013

Imej Yg Terpapar Dalam Sonar

a sonar

Ketahuilah cara bagaimana kita boleh mengenal pasti serta mengesan
kedudukan sebenar ikan berdasarkan imej yang terpapar dalam alat sonar.

 

Bergantung pada bagaimana anda ‘set-up’ alat penduga gema (sonar) anda,namun kadangkala anda akan dapat melihat beberapa bentuk aneh muncul pada skrin. Selalunya
objek aneh ini muncul di antara banyak bacaan yang lain.


Daripada kita mengurangkan kepekaan sistem untuk menghilangkan objek aneh itu, lebih baik kita analisa maklumat-maklumat tersebut dengan lebih teliti.Bukankah kita gunakan alat
ini untuk mengesan ikan?


Kerja-kerja meneka objek-objek yang tidak diketahui itu biasanya dapat diatasi dengan adanya fungsi FishReveal dalam sonar jenama Lowrance dan Eagle monochrome (hitam putih).
Apabila sonar diaktifkan, ia menyerlahkan ikan yang berbentuk lengkungan atau separa lengkungan. Objek itu berada di samping benda-benda lain seperti serakan permukaan,
rumpair, reba dan lapisan thermocline (lapisan yang memisahkan suhu permukaan dan dasar) yang tebal, justeru memudahkan kerja-kerja mengesan ikan.

Dengan melaras kepada kepekaan yang tinggi, sistem Advanced Signal Processing atau ASP akan memotong dan mengesan isyarat yang lebih lemah di penjuru gelombang yang dipancar oleh transduser.

Apabila pemancar biasa Skimmer 20 darjah dengan fungsi ASP diaktifkan, ianya berupaya mengesan isyarat yang lebih lemah di penjuru pancaran yang melebar sehingga 60 darjah.
Dengan itu, ia mengurangkan keperluan untuk mengguna transduser multi-pancaran, yang mana kadangkala boleh menghasilkan imej dasar yang menyeluruh pada skrin.

Paparan pelbagai rupa bentuk lengkungan ikan selalunya cukup menarik minat kita. Gambaran di bawah menunjukkan di mana terletaknya ikan yellow belly di Empangan Glenbawn, Australia.

Bentuk lengkungan berekor panjang itu ialah ikan yang telah dikesan oleh titik pancaran paling luas. Anda akan dapati penjuru luar imej itu lebih panjang dari yang tengah. Dalam keadaan ini, pancaran paling hadapan telah mengesan ikan tersebut bila ia berada sekitar 7 meter dari transduser.

Apabila bot bergerak menuju ke arah ikan dan jarak berkurangan secara mendadak, imej lengkungan ikan pada skrin itu akan naik. Seterusnya ikan akan melepasi di bawah bot dan
kedalaman sebenarnya diketahui dalam lingkungan tiga meter.


Apabila ikan tertinggal di belakang, ianya akan menjauhi pancaran dan imej ekor lengkungan itu akan turun ke bawah skrin. Adakala ikan-ikan lain yang bersaiz sama akan kelihatan
pada skrin tanpa bentuk ekor pada imej lengkungannya. Ini bermakna ikan sekarang berada di sisi pertengahan pancaran itu. Sekarang dengan menyedari bahawa transduser mampu
mengukur jaraknya dari objek, jadi berapakah kedalaman pelbagai ikan yang tertera pada skrin itu?

Cuba perhatikan diagram yang mempunyai sudut pancaran gelombang paling besar. Ia menyatakan apa sebenarnya yang berlaku di bawah bot anda. Sebenarnya memang tiada cara untuk mengetahui kedalaman setiap ikan atau di mana ia berada, kecuali jika anda mendapat bentuk lengkungan yang berekor panjang itu, yang menandakan ia berada betul-betul di bawah bot.

Dua bacaan pada kedalaman yang sama pada skrin mungkin dari ikan yang
berada di paras dalam dan pertengahan air.

        Sebab itulah selalu saya katakan, selagi kita memancing,
             selagi itulah kita masih belajar, betul tak?

                            Image013

No comments:

Post a Comment