search

Friday, August 3, 2012

George Kent Berbohong.. Ini Buktinya

                          

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menyangkal dakwaan syarikat pembinaan George Kent bahawa usahasamanya dengan Lion Pasific tidak pernah gagal penilaian teknikal dan kewangan dalam bidaannya untuk projek sambungan LRT Ampang. alam satu kenyataan hari ini, Rafizi berkata dalam satu surat bertarikh 20 Januari, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar telah menyatakan bahawa Konsortium George Kent - yang turut melibatkan syarikat-syarikat antarabangsa, Wijet dan Thales - telah "gagal dalam penilaian kewangan".

Surat tersebut, yang mana salinannya disertakan bersama kenyataan Rafizi, secara khusus menyebut bahawa George Kent-Lion Pacific Venture telah "gagal dalam penilaian, sama ada teknikal atau kewangan".
Ringkasan penilaian keseluruhan bidaan mendapati George Kent tidak memenuhi syarat-syarat kontrak, kata Rafizi. ~mkini

No comments:

Post a Comment