
Sekali pandang, tentu kita semua menyangka si Mamat dalam gambar atas itu sedang berada pada tempat longgokan sampah biasa, dan perahu tersebut merupakan bahan buangan disitu.

Tetapi apabila kita membaca seterusnya barulah kita sedari bahawa disitu adalah sebatang sungai yang telah dicemari pada peringkat yang tidak terkatakan lagi!

Mamat tersebut sedang mengutip bahan-bahan untuk dikitar semula seperti bahan pelastik untuk dijual bagi mendapatkan sedikit wang. Sungai-sungai kebiasaannya menjadi sumber kehidupan manusia melalui ikan yang ada padanya ; tetapi kini, sampah sarap pula sebagai gantinya setelah ikan-ikan sudah tidak bisa hidup akibat pencemaran manusia yang tidak bertanggung jawab.

Terdapat lebih 500 kilang di sepajang tebing sungai yang panjangnya hampir 200 batu ini. Sungai ini adalah sungai yang paling tercemar dalam dunia.Anda tentunya tertanya-tanya dimanakah sungai ini? Inilah Sungai Citarum lokasinya di Indonesia . Sungai tersebut masih juga digunakan bagi keperluan harian – termasuk untuk diminum.

basuh baju lagi tuh dengan air sungai tu?

No comments:
Post a Comment