search

Thursday, August 21, 2014

ViPER4Windows

  pages to download :   http://vipersaudio.com/blog/?page_id=48

Tanpa melengah-lengahkan masa anda, saya nak kongsi satu perisian ini.
Namanya ViPER4Windows. Apa tu?


Nama perisian tu nak sama dengan aplikasi ViPER4Android FX ka?


Ya, kedua2nya dibawah ViPER’s Audio yang ditubuhkan oleh Euphy Wong atau lebih dikenali sebagai ViPER520. Pembantu beliau pula ialah Jasper Loo atau dikenali sebagai zhuhang.
Disini saya nak kongsi sedikit mengenai ViPER's Audio ni.


Pada 4 September 2013, XDA-Developers Portal menjadi pilihan mereka untuk mengembangkan dan memperkenalkan hasil kerja mereka pada orang ramai. Pada 20 September tahun yang sama, ViPER4Android telah diperkenalkan dalam XDA Developer TV. ViPER4Android terpilih Android App Review oleh XDA TV crew.


Mereka juga buat page di laman sesawang Facebook > ViPER's Audio
Pada 17 Oktober masih lagi tahun yang sama, mereka mendapat 1,200 like dan ahli kumpulan mereka hampir 1,200 ahli. Akhirnya, pada tahun 16 Oktober ya masih lagi tahun yang sama mereka melancarkan lawan sesawang mereka iaitu http://vipersaudio.com/blog serta melancarkan perisian baru mereka, ViPER4Windows.


Ini bermakna ViPER's Audio menyokong dua platforms iaitu Android ( ViPER4Android FX ) dan Windows ( ViPER4Windows ).


Untuk Android, ViPER4Android FX menyokong versi Android dari 2.3 Gingerbread > 4.4 Kitkat.


Untuk Windows, ViPER4Windows menyokong Windows Vista > 8.1
Setakat ini sahaja pengenalan mengenai ViPER's Audio, ViPER4Android FX ( yang ini jika ada kelapangan saya terangkan, cara pemasangan untuk Android ).


Kita balik pada topik kita, iaitu ViPER4Windows.
Sebelum nak pasang tu, pastikan anda mematuhi keperluan sistem a.k.a system requirements :

  • Untuk pengguna Windows Vista dan 8/8.1, pastikan anda sudah pun memasang Microsoft .NET Framework 2.0. Untuk pengguna Windows 7 jangan bimbang kerana sudahpun ada Microsoft .NET Framework 2.0 :)
  • ViPER4Windows boleh dipasang pada 32-bit dan 64-bit.
  • Minda yang tenang ( lepas pasang boleh layan lagu :3 )
  • Muat turun perisian ini. Jangan risau, halal dan diambil sumber yang sah! :P >
    ViPER4Windows, v1.0.5
Dah lengkap?
Ok boleh pasang seperti biasa, cuma kena klik kanan " Run As Administrator ". Tapi saya pasang tanpa klik tu tiada masalah. ( Sebenarnya terlupa nak klik tu. Hahaha )
Lepas pasang akan keluar macam ni gambar bawah ni

        

                     klik untuk lebih jelas

Jika anda keliru, hanya perlu tanda ✔ dekat kotak macam gambar atas. Jika ada banyak, tanda ja kesemuanya :3. Macam notebook saya ni, ada 1 ja :(
Lepas sudah memasang perisian tu, buka perisian itu ( jika tidak automatik buka selepas pemasangan ) dan ia akan sama seperti gambar di bawah.

                 

                                 klik untuk lebih jelas

Saya nak cerita lebih teliti mengenai tetapan ini pun, saya tak berapa tahu sangat. Maklum la baru guna >.<
Macam saya ambik seperti gambar di atas tu rumit sikit sebab banyak tetapan sangat.
Jika tetapan mudah seperti gambar di bawah.

                   

                                  klik untuk lebih jelas

Kotak yang berwarna kelabu tu bermakna tutup dan warna biru itu ialah pasang.
Di bawah terdapat Equalizer di mana anda boleh mengubah ikut citarasa anda :D
Ini contohnya

                   

                                       klik untuk lebih jelas

Anda boleh ubah ikut cita rasa anda. Yang Realtime adjusting tu jika anda enable dia, anda usik sikit ja equalizer tu akan berlaku dalam masa sebenar. Hati2 jangan sampai speaker anda pecah :3. Saya tidak tanggungjawab sekiranya berlaku kerosakkan pada speaker anda.
Setakat ini sahaja saya menaip, jika ada sebarang masalah, atau pendapat serta pengalaman menggunakan perisian ini boleh komen di bawah :)
Perisian ini amat sesuai untuk anda yang laptop pakai driver windows ( takda Realtek, Dolby ataupun Beats ).


Bagi yang ada dah, nak pakai pun tiada masalah rasanya. Notebook saya memang takda semua tu. >.<. Oh ya, jika anda rasa tiada perubahan selepas restart, anda buka balik perisian tu yer :)

 

                              ALL THE BEST

No comments:

Post a Comment