search

Friday, April 19, 2013

PRU13 : Mulut Buaya Sentiasa Ternganga...

 

DAP jangan ambil mudah pelbagai tipu muslihat pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan SPR. Pada waktu ini, kedua-dua badan mesra-BN berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa calon-calon DAP bebas menggunakan simbol Roket kerana parti DAP tidak dibatalkan atau diharamkan.

Yang dipertikaikan oleh ROS ialah kesahihan pemegang-pemegang jawatan dalam parti DAP.

Malah Lim Guan Eng sendiri mengakui bahawa berdasarkan keputusan ROS itu, parti tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu Roket pada PRU13.

Pada petang ini, Lim Guan Eng mengeluarkan makluman kepada semua bakal calon DAP agar menggunakan surat watikah pelantikan yang ditandatangani oleh Setiuausaha Agung DAP terlebih dahulu. Ini bertentangan dengan perakuan beliau bahawa pemegang jawatan dalam DAP terikat dengan sekatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menjalankan tugas mereka.

Walaupun calon daripada DAP bebas menggunakan simbol Roket tetapi dikhuatiri 'Surat Watikah Pelantikan' yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP yang tak diikhtiraf ROS, mungkin dijadikan perangkap untuk membatalkan pencalonan daripada DAP. Jangan ambil mudah kerana mereka (ROS dan SPR) boleh mengubah-suai pelbagai peraturan mengikut kesesuaian dan arahan 'tuan besar' mereka, ia itu BN.

Kini, dengan arahan terbaru Lim Guan Eng agar calon terlebih dahulu mengemukakan 'Surat Kebenaran' daripada Setiuasaha Agung DAP, telah sedikit sebanyak mula menimbulkan kekeliruan. Keadaan seumpama inilah yang mereka (ROS, SPR dan BN) mahukan.

Jadi eloklah para pemimpin DAP kembali kepada persetujuan awal untuk menggunakan lambang PAS untuk calon-calon yang bertanding di Semenanjung dan lambang PKR bagi calon-calon yang akan bertanding di Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment