search

Friday, April 19, 2013

MUKTAMAD - DAP guna lambang PAS

PECAH BERITA! MUKTAMAD! DAP Akan Guna Lambang PAS dan KEADILAN!


 
Setelah tempoh yang diberikan DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tamat jam 3 petang tadi, inilah keputusan muktamad yang terpaksa diambil parti itu.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengumumkan parti itu akan menggunakan simbol PAS di Semenanjung manakala logo KEADILAN untuk calonnya di Sabah dan Sarawak pada pilihanraya umum ke-13 ini.


“Peluang saya untuk menang di Gelang Patah daripada 50-50 sebelum pengumuman meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman, kemudian 45-55 dengan pencalonan Ghani,” akui Lim ketika sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini.

                                   
“Dengan pengharaman penggunaan lambang DAP, peluang saya hanya 40, manakala 60 peratus Ghani.”
Beliau yang dilihat menangis ketika sidang media berkenaan turut mengakui pengundi sudah pasti akan terkeliru dengan logo yang akan digunakannya dalam pilihan raya kali ini.

“Kalau hingga pukul tiga petang ini ROS tak keluar surat tarik balik kita akan gunakan logo parti komponen,” kata Lim merujuk kepada PAS dan KEADILAN.
Lim menjelaskan, sehingga tempoh itu, sekiranya ROS masih membisu, DAP akan menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan lambang KEADILAN di Sabah dan Sarawak.
“Bagi Semenanjung, DAP akan pakai PAS, dan Sabah Sarawak pakai KEADILAN, jika ROS tak benarkan DAP guna lambang parti.


“Ia menjadi penentu sama ada cubaan ‘menghancurkan’ (DAP) kerana orang tak faham atau mungkin Pakatan Rakyat akan ke Putrajaya kerana rakyat rasa marah dengan perkara ini,” tegas Lim yang merupakan calon DAP di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Lim juga yakin tindakan yang dikenakan oleh ROS itu dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu termasuk MCA, namun enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut.
“Parti komponen dengan serta merta tampil ke hadapan untuk beri segala bantuan yang kita perlu.


“Tetapi, calon kami tetap DAP... hanya lambang parti sahaja yang berbeza,” tambahnya.
Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PAS, Husam Musa berkata, partinya terbuka sekiranya ROS menghalang DAP menggunakan lambang sendiri.
"DAP boleh guna lambang PAS pada PRU13 ini sekiranya ROS tidak membenarkan parti demokrat itu menggunakan lambang sendiri.
"Penggunaan lambang PAS ini secara tidak langsung menampilkan kesatuan dalam dalam Pakatan Rakyat", katanya ketika sidang media hari ini.
Sebelum ini, ROS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.


Ini susulan daripada ROS tidak berpuas hati mengenai pelantikan ahli CEC dengan betul berdasarkan penyata barisan pemegang jawatan yang dikemukakan oleh DAP.
Mengulas perkara sama, Husam yang akan bertanding kerusi Parlimen Putrajaya berkata, beliau juga hairan dengan tindakan ROS yang menghalang DAP menggunakan logo parti itu sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan parti itu tidak berhadapan masalah dan boleh bertanding dalam pilihan raya ini.


Sementara itu, pada majlis sama Husam turut mencadangkan kepada BEKAS Perdana Menteri, Najib Altantuya berkenaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) agar menggunakan tanah milik kerajaan agar harga jualan rumah dikurangkan kepada RM 100,000.
"Saya turut cadangkan penggunaan teknologi baru dalam sistem pembinaan kerana kaedah ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga masa hampir 50 peratus daripada tempoh pembinaan konvensional." katanya.


Selain itu, beliau turut mengemukakan isu perbezaan gaji kakitangan penjara dibandingkan dengan polis.
"Isunya, saya mencadangkan kajian untuk menyelaraskan semula gaji kakitangan penjara mengikut gaji polis.


"Memandangkan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara yang dihuni penjawat awam, saya sangat menitikberatkan rungutan guru-guru yang berdepan bebanan kerja yang banyak," katanya.

Menurut beliau, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya perubahan yang bakal dibawa ialah mewujudkan sistem persekolahan satu sesi untuk semua sekolah, mengecilkan nisbah guru dan murid, mewujudkan jawatan pembantu pembantu guru dan peruntukan penyelenggaraan kemudahan.

No comments:

Post a Comment