Software kat bawah ni adalah software yang mesti aku install tiap kali lepas install Windows
1) Opera
2) Launchy: Mesti ada!! Launchy memudahkan kita membuka program atau apa – apa fail di dalam PC hanya dengan menaip beberapa keyword je. Tak perlu lagi nak navigate Start menu untuk mencari program.
3) Picasa: Photo Manager dari Google, Picasa boleh memaparkan semua foto di dalam komputer pada satu skrin. Picasa memudahkan kita mengurus, melihat, serta membuat basic editing pada foto. Picasa juga membolehkan kita mengubahsuai satu-satu gambar tanpa menjejaskan imej asal.
4) DAEMON: Virtual CD-DVD-ROM Emulator. Dengan Daemon, korang boleh mount CD image kepada mana-mana drive.
5) FreeCommander: Sangat memudahkan pengurusan fail. Korang tak payah guna Windows Explorer dah. FreeCommader mempunyai fungsi dual-pane, tabbed browsing, serta boleh membaca fail .zip dan .rar tanpa perlu extract.
6) OpenOffice Suite: Macam Microsoft Office, tetapi percuma.
7) 7-Zip: Menguruskan fail jenis zip, rar, serta menyokong banyak format lain. 7-Zip mempunyai tahap compression yang tinggi, terutamanya bagi fail jenis .7z
8) TrueCypt: On-the-fly encryption. TrueCrypt menyulitkan data supaya tidak dapat dibaca oleh orang yang tidak berkenaan. Berbanding software yang lain, anda tidak perlu menunggu bagi proses encryption atau decryption (terutamanya bagi fail bersaiz besar) kerana proses tersebut dilakukan secara automatik, sebelum fail dibuka / disimpan.
9) VirtualBox: VirtualBox membolehkan kita memasang OS yang lain di dalam Windows sebagai Guest OS.
10) ImgBurn: Burn CD/DVD dengan mudah dan pantas. Pilihan yang lebih baik berbanding Nero yang bersaiz besar tetapi banyak function yang tidak digunakan.
************************************************************
No comments:
Post a Comment