“Sebangsa, Senegara, Sejiwa,” Slogan - HARI MERDEKA -
Pilihan Pak Samad Untuk PKR
Pengumuman itu dibuat oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat hari ini.
“Dia (kerajaan) kena ingat, (tema ini) datang dari rakyat sendiri. Kalau dia tak nak dengar kita (Pakatan Rakyat) tak apa…tapi dengar kata rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.
Beliau berkata, tema ini dirangkum daripada tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.
“Kita harus bermula dengan bangsa untuk membina negara. Jadi negara, bangsa dan jiwa itu diambil seringkasnya, dengan tidak ada apa-apa niat kecuali itulah niatnya – untuk menyatakan secara kudus dan tulus.
“Kami rumus dan ranumkan sehingga kami memilih “Sebangsa, Senegara, Sejiwa,” tegas Pak Samad.
Slogan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ diilhamkan Alhaimi Adam, antara 250 slogan yang diterima Sekretariat Pakatan Rakyat selepas pengumuman cadangan tema alternatif dibuat sekretariat tersebut 24 Julai lalu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tema oleh Pakatan Rakyat lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia.
“Kita turut cadangkan logo dan lagu mesti serasi dan selari dengan tema yang dicadangkan. Kami akan hantar secara rasmi kepada kerajaan Malaysia,” katanya.
Hadir sama, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ahli Jawatamnkuasa Bersih, Dr Toh Kin Woon dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.
Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan turut dianggotai bekas Pengarah Eksekutif Women’s Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah dan bekas Pengerusi Proham, Tan Sri Simon Sipaun.
No comments:
Post a Comment