search

Monday, August 20, 2012

Kesah Dr. Berkerja Di Sabah–Harus Baca

 

Untuk Sabah dan Sarawak: Dengarkan lah Keluhan hati seorang Doktor

Oleh: Musli Oli

Saya membaca surat Dr Hams dan amat bersetuju dengan banyak pengamatan nya. Saya berkerja di Sabah selama lebih dari 7 tahun sebagai house officer dan medical officer. Setelah housemanship saya, saya telah dihantar bertugas di hospital daerah Ranau. Apa yang diceritakan oleh Dr Hams di Kota Marudu bukan lah suatu perkara yang terasing hanya untuk Kota Marudu. Cerita menyayat hati ini diulangi diseluruh negeri Sabah.


Pengenalan saya kepada keadaan kemiskinan Sabah terjadi dalam beberapa bulan pertama saya di Kota Marudu. Suatu hari seorang wanita berumur 70 tahun dari Kota Marudu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth kerana demam kuning yang dasyat.( deep jaundice). Wanita ini tinggal berseorangan dalam sebuah kampong di Kota Marudu. Dia menyedari mengenai demam kuning nya setelah selang satu bulan.


Wanita ini tidak mempunyai wang untuk tambang teksi. Dia telah menunggu masa salama 1 bulan mengumpul wang. Dengan menjual ayam ayam peliharaan nya dia dapat cukup RM50 membayar teksi ke Kota Marudu Hospital. Dia terpaksa berjalan kaki sejauh 2 batu untuk sampai ke bahu jalan mendapatkan teksi.


Sebagai seoarang yang lahir dan dibesarkan di Semenanjung, saya amat terkejut. Bila wanita ini sampai, dia berada dalam keadaan keracunan atau septic dan mempunyai batu karang dalam saluran bile nya( gallstone in her bile duct). Batu karang tersebut di buang tapi masa yang sama, saya dapati wanita ini mempunyai masaalah jantung yang memerlukan suatu pacemaker. Kami telah mengusahakan supaya dia mendapatkan suatu pacemaker tapi dia telah enggan menerima pacemaker tersebut.


Apabila saya mendesak mengapa dia enggan, wanita ini membertahu saya bahawa dia tidak mampu untuk membeli bateri pacemaker. Ayam2 nya semua nya sudah dijual. Sebaik sahaja saya menerangkan bahawa bateri yang ada pada pacemaker boleh bertahan untuk beberapa tahun, barulah dia bersetuju memasang pacemaker tersebut.


Bandar Ranau sendiri mempunyai rangkaian jalan yang baik dan terletak hampir dengan lebuh raya antara Sandakan dan Kota Kinabalu. Bandar ini telah membangun kerana ada lombong tembaga Mamut( mamut copper mines). Tapi kita mesti sedar, apabila saya sebut rangkaian jalan ianya ialah jalan dua hala yang selalu mengalami tanah runtuh dan penuh dengan lobang lobang besar. Perjalanan dari Ranau melalui jalan seperti ini mengambil masa selama 2 jam untuk ke Kota Kinabalu.


Keluar sahaja bandar Ranau, pengangkutan dan hubungan jalan menjadi masaalah besar kerana jalan tar tiba2 menjadi jalan tanah dan batu atau jalan2 lori balak. Sesiapa yang pernah berkerja di Sabah akan mempunyai cerita yang sama yakni mengenai kemiskinan yang amat dasyat dan sistem pengangkutan dan hubungan jalan yang amat buruk.

                               

Selama 2 tahun saya diRanau, saya telah melihat hampir kesemua nya. Pesakit dengan celebral malaria, suatu penyakit yang hampir tidak terdengar di Semenanjung. Pesakit penyakit ini datang ke hospital setelah 48 jam dari tempat2 seperti  Kaingaran and Karagasan, dimana saudara mara mereka terpaksa menolak taxi sapu atas jalan yang berlumpur, berbelanja RM50 kalau ianya musim hujan. RM50 sama dengan gaji selama 2 bulan walaupun ketika itu harga petroliam pada waktu itu hanya RM1.20/litre di Ranau.


Keadaan pesakit terpaksa menangguhkan rawatan keatas penyakit yang membahayakan nyawa kerana jambatan runtuh . rawatan kecemasan seperti pembedahan caesarian , appendix bahkan termasuk juga kandungan songsang atau ectopic pregnancies terpaksa dilakukan dalam hospital kami oleh Medical Officer yang hanya mempunyai pengalaman  4 bulan housemanship.


Rawatan perubatan kecemasan seperti serangan jantung atau  myocardial infarctions, yang kalau di Semenanjung akan dilakukan di bahagian  Coronary Care Unit  terpaksa dilakukan oleh hospital daerah. Akan tetapi saya bersyukur dan berterima kasih kerana kakitangan saya di hospital tersebut adalah pasukan yang terbaik yang saya rasa bangga berkerja dengan mereka. Mereka adalah perkerja yang penuh dedikasi yang komited terhadap membaiki taraf kehidupan pesakit2 mereka.

                               

sistem pengangkutan jalan yang teruk bukan sahaja memburukkan keadaan kesihatan tapi juga menyusahkan rakyat mengangkut hasil mahsul mereka ke pasaran. System pengangkutan menyebabkan rakyat sabah terperangkap dalam kitaran kemiskinan.


Suka atau tidak, terpaksalah mereka menjual hasil mahsul mereka kepada orang tengah . hasilan mereka dijual dipasar tamu untuk memberi mereka pulangan RM 20-RM 50. Orang2 kampung juga dieksploitasi oleh penjual2 kain jalanan yang kebanyakan nya terdiri dari warga asing. Penjual kain jalanan ini akan menawarkan skim bayaran ansuran dan apabila tidak boleh bayar dan faedah kepada pembelian itu meningkat, ramailah orang kampong membenarkan anak gadis mereka berkahwin dengan penjual2 kain yang kebanyakan mereka mempunyai isteri di Pakistan.


Satu daripada kes yang saya tidak boleh lupa melibatkan kes sebuah keluarga yang datang ke Hospital Ranau. Ianya kes suatu kelgara yang hampir kebulur yang terpaksa memakan telur katak puru yang mengakibatkan fatality. Keluaga ini tidak ada makanan kerana tanaman mereka rosak dan mereka tidak dapat membeli makanan. Oleh kerana terlalu lapar, sibapa telah memberikan kepada anak anak nya telur katak puru. Bila mereka sampai ke wad kecemasan, satu daripada anak meninggal dunia dan 2 lagi meninggal setelah 10 minit tiba di wad kami kerana keracunan telur katak puru tadi.


Pendidikan merupakan suatu lagi masaalah di beberapa tempat yang berada diluar Kota KInabalu. Ramai anak2 Sabah tidak mampu pergi ke sekolah. Ramai dari pesakit saya tinggal di luar Ranau dan bernasib baiklah jika mereka mendapat pembelajaran yang paling asas. Kebanyakan mereka berkahwin dalam umur belasan tahun.


Saya bertemu dengan kes gadis2 berumur 14 tahun yang melahirkan anak dan mereka tidak pernah menjejak kaki ke sekolah. Pendidikan mereka amat rendah menyebabkan mereka memberi bayi2 mereka meminum susu kondens kerana menyangkakan susu tersebut lebih baik dari susu ibu.


Tapi  matlamat asas ialah semua ibu2 ini mahukan yang terbaik untuk bayi2 dan anak2 mereka. Tahap pendidikan yang rendah menyekat mereka dari melakukan nya. Bandar2 utama di Sabah mempunyai bekalan letrik dari Perbadanan Elektrik Sabah. Namun, kampong di pendalaman hanya mengunakan generator disel, lilin atau pelita bila waktu malam.


Bagaimana anak2 Sabah mahu belajar dalam keadaan demikian?

Saya sendiri terpaksa belajar bahasa orang Dusun untuk berkomunikasi kerana pesakit2 tidak tahu berbahasa lain. 45 tahun setelah Malaysia ditubuhkan, janji suatu kehidupan yang baik untuk rakyat miskin terdiri dari orang Dusun, Murut dan Rungus dalam daerah Sabah hanya merupakan janji kosong. Bagaimana pemimpin politik kita berbohong telah membawa kemajuan dan pembangunan untuk rakyat Sabah sedangkan sebahagian besar rakyat Sabah masih memakai t- shirt yang murah dan topi yang di beri percuma oleh BN beberapa tahun yang lampau?


Mana mungkin saya tergamak untuk menyatakan saya bangga dengan Putrajaya yang indah dengan jambatan cantik dan tiang lampu yang ornate dan bangga dengan menara kembar Petronas, ketika warga Malaysia di Sabah menderita dan terbiar?


Kitaran dan kedaaan kemiskinan di daerah2 Sabah sungguh menyayat hati dan menghancurleburkan perasaan kita. Pembasmian kemiskinan mesti menangani isiu2 besar seperi tahap pembelajaran dan pendidikan dan system perhubungan jalan dan pengangkutan dan bukan penyampaian bantuan kepada rakyat.


Istiharlah 16 September sebagai cuti awam, tapi tolonglah ingat bahawa dalam konteks nyata, kita telah berjanji keada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa kita akan melayani mereka sebagai berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. berikan mereka kemajuan dan pembangunan yang telah lama kita nafikan.


Berhentilah berlagak pemberi yang murah hati sedangkan kemajuan dan pembangunan asas dilupakan.Tepailah Janji dengan ikhlas dan jujur dan bukan sebagai hiasan billboards. 

Tamat Keluhan sang doktor. *******

                              


                 Mahukah rakyat Sabah dan Sarawak ditipu lagi?

                       kenapa kita mahu percaya kerajaan BN?

No comments:

Post a Comment