search

Thursday, August 2, 2012

Lagi Dasar Terbaru Pakatan Rakyat Untungkan Sabah Dan Sarawak..

                    

Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berjanji akan menghapuskan polisi kabotaj yang memerlukan barang hanya dihantar oleh kapal tempatan untuk menjadikan harga kereta dan barangan lain lebih murah di Sabah dan Sarawak.

Dasar kabotaj negara dianggap sebagai kontroversi dan sering dianggap sebagai punca kenaikan harga barang di Malaysia Timur. Langkah baru PKR dilihat sebagai dasar Pakatan Rakyat untuk memenangi dua negeri yang telah dianggap sebagai 'kubu kuat' untuk Barisan Nasional (BN).

Ketua umum parti tersebut, Anwar Ibrahim berkata dalam kenyataan medianya hari ini, dasar yang diperkenalkan pada tahun 1980an itu “tidak ekonomik” dan perlu diubah sepenuhnya. “Jika kita perlu ambil barang dari Hong Kong, kenapa perlu ke Pelabuhan Kelang dahulu? Ini tidak masuk akal. “Ini langsung tidak ekonomik kecuali kepada para kroni yang berniat hanya mahu memperkayakan golongan tertentu dengan menaikkan harga barang di Sabah dan Sarawak,” katanya lagi.

Dia juga berkata Pakatan Rakyat mencadangkan harga kereta diturunkan dengan menghapuskan duti eksais dan melihat semula dasar Permit Yang Dibenarkan (AP) untuk memastikan Sabah dan Sarawak dapat menikmati harga yang lebih murah. Ahli politik dan ketua masyarakat di Sabah dan Sarawak sudah lama menentang dasar kabotaj, dengan mengatakan ini tidak perlu dilakukan untuk mengelakkan jurang ekonomi antara Malaysia Timur dan Semenanjung.

Dalam tahun 1980an semua barangan yang dihantar perlu dihantar dengan kapal Malaysia yang menyebabkan kenaikan harga barang dan meningkatkan kos di Malaysia Timur. “Kadang-kala orang di sini (di Semenanjung) tidak menyedari perasaan orang Sabah dan Sarawak tentang apa yang mereka kecewakan. “Mungkin dasar kabotaj adalah relevan pada waktu itu, kerana masa itu tidak ada kemudahan pada waktu itu, tapi ia tidak boleh diteruskan lagi. Ia adalah dasar yang menyebabkan penambahan kos yang menjadikan harga barang semakin mahal,” kata Anwar.

Bercakap kepada The Malaysian Insider kemudiannya, timbalan setiausaha agung PKR, Darell Leiking telah menerangkan bagaimana harga petrol boleh disamakan di antara Malaysia timur dan Semenanjung, dan harga-harga lain turut boleh disamakan. “Petrol telah ditapis di Semenanjung tetapi harganya sama dengan Malaysia timur. Sementara harga seperti kereta Proton, yang dibina di Semenanjung, tetapi berbeza di Sabah dan Sarawak,” katanya lagi. “PKR dan PR mahu menghapuskan dasar kabotaj ini dan ini jelas ini perbuatan sabotaj terhadap orang Sabah,” kata Leiking, yang juga merupakan ketua cabang PKR Penampang di Sabah.

                      

No comments:

Post a Comment