search

Saturday, August 28, 2010

Kegunaan Daun Ubi Kayu

daun-ubi

Siapa sangka daun ubi kayu tiada kegunaannya.. Selain direbus dibuat ulam atau dibuat pecal, daun ubi kayu juga dipercayai digunakan dalam perubatan tradisional dalam merawat sengatan gigitan serangga berbisa dan juga kegunaan lain yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini. Ikuti kisah seorang guru yang telah mengirimkan email kepada saya yang bertajuk ‘Kegunaan Daun Ubi Kayu’.

“Saya adalah seorang guru sekolah rendah yang pernah bertugas di beberapa tempat di negeri Sabah. Saya banyak berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan juga penduduk tempatan di tempat-tempat saya pernah bertugas berkaitan dengan perubatan kampung atau tradisional.

Semasa saya bertugas di daerah Tuaran, di suatu kawasan perkampungan nelayan yang sebahagian besarnya adalah etnik Bajau, saya pernah diberitahu tentang rahsia merawat sejenis penyakit misteri yang barangkali hanya wujud di sekitar masyarakat tersebut. Pada suatu masa dahulu ada terdapat suatu penyakit kulit yang misteri dan amat sukar diubati dengan perubatan moden walaupun oleh pakar sakit kulit dan biasanya menurut mereka, penyakit tersebut hanya dapat diubati oleh segelintir orang yang tahu tentang rahsia penyebab penyakit tersebut.

Penyakit tersebut dipanggil “samaie” dan dikenakan kepada orang tertentu melalui makanan (boleh mengakibatkan busung) atau sentuhan kepada kulit manusia. Bahan yang digunakan adalah himpunan 7 jenis barang terkotor dan miang tumbuhan seperti miang buluh dan miang ulat bulu.Barang-barang terkotor adalah seperti cairan daripada bangkai binatang dan juga mayat manusia. Akibat daripada terkena campuran tadi ialah jika terkena di kulit maka kulit akan menjadi gatal dan pedih yang teramat sangat, makin digaru semakin merebak dan akhirnya menyebabkan kulit bernanah dan menggelupas.Jika seseorang yang terkena itu tidur di atas tikar maka tikar akan melekat pada daging/kulit mangsa. Azab sengsara hanya Tuhan sahaja yang tahu, begitu kata orang tersebut.

Ramuan untuk mengubati penyakit tersebut adalah seperti berikut: daun ubi kayu yang masih segar, isi kunyit, kapur sireh, santan kelapa pekat sebaiknya yang berwarna hijau dan daun sireh yang matang. Kesemua bahan herba tadi harus dilumatkan dan disapu ke serata badan atau kawasan yang telah dijangkiti penyakit.

Saya hanya menyampaikan perkongsian ilmu, keberkesanan hanya diketahui oleh mereka yang pernah menjadi mangsa kepada perbuatan keji sesama manusia itu sahaja.

Apapun, melalui pengalaman saya sendiri, daun ubikayu adalah bahan herba yang berkesan untuk merawat kesan sengatan atau gigitan serangga berbisa seperti lipan dan penyengat.Ramas daun ubukayu dan tempelkan kepada bekas gigitan atau sengatan, mudah-mudahan akan cepat hilang kesan bisa dan juga tidak akan membengkak sengatan atau gigitan tersebut.

Limau Kasturi

limau-kasturi

Artikel kali ini tentang limau kasturi. Selalunya limau kasturi banyak digunakan dalam minuman. Memang aku sendiri pun suka kalau teh o dicampur dengan limau kasturi dan sedikit ais. Dikatakan juga, teh o + limau kasturi, jika diminum pagi dan petang dapat mengurangkan bau badan. Sejauh mana kebenarannya, aku sendiri belum dapat pastikan. Namun, limau kasturi bukan setakat boleh diminum sahaja. Ada lagi khasiatnya..

Baru-baru aku dapat email dari seorang perempuan , berusia 33 tahun - biasa menggunakan limau kasturi untuk mencantikan rambut dan kulit muka. Menurutnya, dia mengunakan perahan air limau kesturi untuk dilumurkan pada muka dan rambut/kulit kepala. Ini adalah untuk membuang minyak yang berlebihan pada muka dan kulit kepala yang terlalu berminyak. Kalau anda rasa kulit anda/rambut berminyak bolehlah cuba petua ini.

Menurut sumber di internet, selain dari mencantikkan kulit dan rambut, limau kasturi juga dikatakan dapat menghilangkan sakit kepala. Caranya, hiriskan beberapa biji limau dan gosoklah ke seluruh kepala. Biarkan lebih kurang 15minit barulah dicuci. Selain menghilangkan pening ia juga dapat mewangikan rambut, mengelakkan kelemumur & menyejukkan kepala. Aku pun nak try test juga petua ni untuk menghilangkan sakit kepala.. tak perlulah lagi makan panadol.

POKOK SAMBUNG NYAWA

 

Finally we just managed to get some cuttings of Pokok Sambung Nyawa (Gynura procumbens Merr) which is a herb native of South East Asia and is herbaceous climber of forest margins and thickets. The leaves serve in Malay culture as a flavoring for food, and also widely used for treatment of: kidney diseases, rashes, throat infection, high fever and as a antihypertensive agent. It has been reported that an ethanolic extract of this herb significantly reduces serum cholesterol and triglyceride levels of diabetic rats. There have also been studies done here.

It supposedly can be used to stop bleeding, overcome menstrual cycle problems and  improves the kidney function.As a matter of interest we found the leaves eaten raw taste pretty good.

Daun Cili Boleh Mengubati Penyakit Kayap

Baru-baru ini saya mendapat lagi petua baru dari seorang pembaca. Saya rasa petua ini menarik kerana jarang mendengar orang menggunakan daun cili bagi mengubati penyakit.
dauncili
Dahulu saya sering terkena kayap.. orang tua kata kayap ular.. cara untuk mengatasinya.. Saya gunakan daun cili dan kapur makan..
Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap.
Lakukan sehari 2 kali.. kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.