search

Friday, January 18, 2013

Sabah : Balan Balan di Likas Sabah

 

Semasa gua melalui perkarangan perkuburan pada waktu malam di Likas (Dekat balai polis). Terlihat cahaya terang lampong di perkubaran itu. rupanya ada penungu di kawasan kubur itu. Gua tanyakan saudara chief Inventor (CI) sabah apa mereka buat kat situ.

CI kata itu suku kaum Iranum yg menjaga saudaranya yg mungkin d’percayai mempunyai ilmu hitam yg d’kenali sebagai Balan Balan. mereka berjaga supaya tidak ada perkara buruk berlaku. Ini adalah phenomena biasa d’sabah tapi tidak d’semennanjung.

                         Balan Balan  

      Hehehehe…..U Lisen Liseng lisen.. Jangan takut Ba !

               Suku kaum Iranum

 Jom Cite ckit

  Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Berkasih-kasihan ini bermaksud wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.

Walaupun begitu,suku irranun ini mempnyai sifat yang amat penyabar tetapi apabila kesabaran mereka sampai ke tahap maksimum,suku irranun juga boleh menjadi pemarah.Menurut kajian,sifat pemarah ini hanya keluar jika mereka di cabar atau suku mereka di perkecilkan.

Selain itu suku irranun ini adalah suku yang amat terkenal dengan kebolehan mereka di lautan,menurut cerita suku irranun ini pernah menjadi musuh utama syarikat borneo utara yang pernah menjajah negeri sabah kerana kebanyakan kapal pedagang yang singgah di sabah akan dirompak oleh suku irranun,sehinggakan mereka kebanyakan nya di gelar 'datu' atas keberanian mereka itu dan mereka mampu menumpaskan kapal-kapal dagang yang lengkap bersenjata meriam dan senapang sedangkan mereka hanya bersenjatakan parang dan ilmu yang penuh di dada

.Rompakan ini bukanlah untuk rompakan semata-mata,tetapi adalah untuk merampas kembali hak mereka yang telah di rampas oleh orang-orang barat.Suku irranun ini juga amat terkenal dengan ilmu-ilmu yang amat hebat dalam mempertahankan diri dan memperthankan hak mereka.Ilmu balan-balan juga di percayai berasal dari suku kaum yang berasal dari mindanau ini.

Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud, seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau,Marabau, Payas-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Selain itu, masyarakat Iranun juga tinggal di kampung-kampung di Lahad Datu, Kudat, Likas dan Kota Kinabalu.

Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai basa Iranun. Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia

Di Sabah, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi antara kaum. Bahasa Iranun pula merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Iranun. Dalam kehidupan seharian masyarakat Iranun pada masa kini secara khususnya, kedua-dua bahasa ini mempunyai hubungan dari segi pengaruh. Perhubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Iranun di Sabah ini memperlihatkan pengaruh yang kuat daripada bahasa yang dominan kepada bahasa yang bukan dominan, yakni bahasa sukuan. Hal ini bermakna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia sudah pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa-bahasa sukuan lain yang bukan dominan termasuklah bahasa Iranun.

Perkataan lanun dianggap berasal dari nama suku kaum ini.

 

                    Tu aje Baa! yg aku tahu !!

      Don’t play play d’sabah Tau…

                              

No comments:

Post a Comment