Oleh : LO_PHUNK
BAHANG pilihanraya kian terasa. Sama ada parti yang mewakili kerajaan atau pembangkang; masing-masing mengatur strategi untuk meraih undi. Pendekatan yang telah dilakukan oleh kerajaan dilihat sudah terlewat oleh pengundi-pengundi atas pagar.
BR1M, projek kecil pada saat-saat akhir seperti pemberian tangki dan zink serta ceramah dan ucapan yang menyuruh rakyat untuk terus menyokong kerajaan; dilihat hanya 40% mampu meningkatkan sokongan rakyat Sabah.
Kebangkitan rakyat kini sukar dibendung. Rakyat Sabah sudah sedar bahawa selama mereka telah ditipu oleh UMNO yang dikatakan membelakangi perjanjian penubuhan Malaysia dan perkara 20.
STAR Sabah telah banyak membongkar rahsia ini agar rakyat seluruh pelusuk negeri Sabah sedar akan hak-hak mereka yang telah lama dinodai.
Program BTP yang dianjurkan dari kampung ke kampung kian mendapat sokongan rakyat yang inginkan perubahan terutama golongan belia.
STAR dilihat memperjuangkan Agenda Borneo yang selama ini diperjuangkan oleh Parti Bersatu Sabah, namun bezanya adalah, PBS sudah tidak mampu bersuara lagi untuk rakyat Sabah dan sukar untuk menuntut hak rakyat Sabah.
Kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang tidak mampu dibendung lagi, membuatkan rakyat muak dengan perjuangan PBS. Tidak terkecuali dengan isu royalti minyak yang tidak diterima oleh pemimpin UMNO di Semenanjung dengan menyatakan bahawa Petronas akan lingkup jika memberikan royalti 20% kepada negeri pengeluar.
Selain dari itu, banyak kemudahan yang terlalu lama untuk diluluskan terutama di kawasan PBS; namun apa yang berlaku, kawasan UMNO sangat mudah untuk mendapat peruntukan.
Sebagai contoh, penduduk setinggan di kawasan tawau yang mencuri elektrik dan diserbu oleh SESB Tawau. Mereka telah diberikan bekalan elektrik tidak sampai 2 bulan. Kawasan berkenaan adalah kawasan UMNO
Isu kalimah 'ALLAH' yang mengguris hati penganut Kristian langsung tiada komen daripada PBS yang seolah-olah mengiyakan perkara ini. Inilah dia yang sering membelengu perasaan rakyat Sabah tulen. Mereka seolah-olah dianak tirikan.
PKR, PPS dan APS serta SAPP juga melancarkan serangan bagi menggamit sokongan rakyat Sabah dengan siri jelajah mereka dan diikuti penyertaan Ketua Pemuda PBS Sekong ke PKR.
Di samping itu, rakyat kini keliru untuk mengundi siapa? Semua parti terutama pembangkang menunjukkan manifesto masing-masing. Seandainya penyokong pembangkang terbahagi kepada 3 bahagian, maka ini menjadikan satu kelebihan bagi parti pemerintah.
Namun seandainya rakyat bersatu hati untuk memilih parti yang benar-benar memperjuangkan hak negeri Sabah, maka Semangat 1985 bakal berlaku kembali di mana Parti Bersatu Sabah pada ketika itu, menang sungguhpun mereka baru berusia 40 hari.
SAPP dilihat telah melaksanakan banyak program kemasyarakatan tidak seperti parti pembangkang lain. Namun apa yang harus dilakukan oleh para pengundi kelak?
Siapakah parti yang boleh dipercayai untuk membela mereka selama 5 tahun dari sekarang dan mengembalikan autonomi Sabah? INI KALI LAH kita TUKARRRRR!. LAWAN TETAP LAWAN!.
Menurut analisa secara rambang, adakah angka 13 ini adalah angka keramat kerana ; Parti USNO ditumbangkan oleh Parti BERJAYA pada tahun 1976 di mana 7+6 = 13; Parti Berjaya ditumbangkan oleh PBS pada tahun 1985 di mana 8+5 =13; PBS ditumbangkan oleh UMNO pada tahun 1994 di mana 9+4 =13 dan kali tahun 2013 di mana hujungnya 13.
Maka pada tahun ini GELOMBANG 13 bakal berlaku di Sabah.
Hanya rakyat sabah jer yg boleh menentukan nasibnya sendiri
Kekal apa yg ada ATAU Berubah ???
No comments:
Post a Comment