D’Cilok dr DearCat (Sharing Info)
Ringkasnya, kurap (ringworm) yang terdapat pada kucing atau anjing merupakan sejenis penyakit kulit berjangkit yang dibawa oleh kulat (fungus) dikenali sebagai dermatophytes. Tempat2 yg sering dijangkiti ialah di muka - terutama di kelopak mata dan bawah dagu, telinga, ekor dan kaki atau tangan kucing.
1. Rawatan topikal/luaran - menggunakan gel, minyak atau krim anti-fungal yang ada di jual di petshop atau klinik veterinar. Pastikan kita memakai sarung tangan sebelum menbuat sapuan ke atas kurap.
Antara ubat topikal yang dikatakan mujarab merawat kurap
Shampu berubat - secara mandian
2. Rawatan Oral - kaedah rawatan ini digunakan apabila jangkitan kurap agak teruk dan tidak lagi dapat dirawat mengunakan rawatan topikal/sapuan. Ubat-ubatan adalah berbentuk tablet, kapsul dan suntikan.
Contoh ubat-ubatan rawatan oral yang sering dibekalkan oleh Vet
3. Rawatan 'home remedies' - Ada di antara kita yg tinggal di tempat yg jauh dr kemudahan mendapatkan perkhidmatan veterinar. Oleh sebab itu, rawatan seperti ini dilihat sebagai satu percubaan terbaik merawat si Comel. Untuk rawatan di rumah, kita disarankan memasang e-collar pada kucing untuk mengelakkan dari mereka menjilat sapuan.
Tak ada e-collar? Pinggan kertas pun berguna juga! :)
Gambar dari Tarte & Fru Fru
Cuka Apple Cider dan Air - Cairkan 1 sudu besar cuka dengan 1 cawan air biasa. Sapukan pada kurap sebanyak 2x sehari. Pastikan kita memakai sarung tangan untuk mengelakkan dari dijangkiti kerana kurap boleh dijangkiti melalui udara.
Cuka Apple Cider dari syarikat jualan langsung, Cosway
Secara homeopati - dengan campuran herba Bacillinium, Berberis, Chrysarobinum and Sepia.
Menumbuk herba
Ada juga yg menyarankan kita menyapu betik atau bawang putih yang telah dikupas :) Bagaimanapun, kita tidak digalakkan menggunakan Tea Tree Oil dan cecair peluntur kerana ia sangat merbahaya pada kucing.
Ada lagi 1 petua yang diamalkan oleh orang2 Melayu iaitu dengan menyapu minyak yang telah digunakan untuk menggoreng ikan (bukan minyak panas). Sejauh mana keberkesanannya tidak lah diketahui tetapi tidak salah kalau nak mencuba kan?.
4. Pemakanan/Diet - ia memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan keseluruhan seekor kucing. Pemakanan kucing perlu seimbang dan mengandungi protin, karbohidrat dan lemak sihat. Ikan sgt penting pada kucing, sbb ia mempunyai asid omega-3 fatty untuk memelihara kulit dan bulu kucing. Tablet atau gel tambahan (supplements) boleh didapati di petshop seperti Brewers Yeast.
Supplement Brewers Yeast
Petua Mencegah Kurap Kucing
Sebenarnya inilah petua yang DC ingin kongsikan bersama sejak dahulu lagi tapi agak keberatan kerana dibimbangi mendapat bantahan oleh mereka yg begitu mengambil berat dengan alam sekitar dan kesihatan kucing itu sendiri.
semburan ubat nyamuk berasaskan air (water-based)
Ini berdasarkan pengalaman DC lebih kurang 2-3 tahun dahulu, yg kerap kali berjumpa vet kerana kucing2 asyik dijangkiti kurap silih berganti. Hingga di depan klinik pun ada yg menegur dgn soalan2 yg kdg kala menyakitkan hati seperti - "Rumah kotor ke?", "Rumah awak ni banyak tikus ke?" "Kenapa jumpa Vet, guna minyak lebihan gorengan ikan kan senang? tak payah jumpa vet, buang duit je."
Vet pun agaknya dah perasan sebab selang 2 minggu DC berjumpa dengannya, hinggakan dia sangka DC tak kuarantin kucing2 yg dah dijangkiti kurap dan menyarankan DC berhenti dari adopt kucing jalanan kalau tak pandai jaga.
"Saya dah buat macam2 dah Doc, guna antiseptik, klorox, anti kuman untuk bersihkan rumah dan kandang kucing tapi masih ada yg kena kurap. Saya dah tak tau nak buat macam mana." adu DC pada vet.
"Its very easy!. dont use all that, just use water-based mosquito spray. After u have cleaned everything, just spray it all over your cages, outside the house or even in your house. But pls make sure there's no cat around." DC renung lama jugak vet tu, dia ni nak mengusik ke atau ckp betul2 haha!
Percaya atau tidak sejak DC amalkan spray setiap minggu selepas bersihkan kandang, sejak hampir 2 tahun tidak ada lagi kurap hinggap kucing2 DC :)
SUMBER RUJUKAN:
http://darlene-cheek.suite101.com/home-remedies-for-ringworm-in-cats-a16737
http://www.ehow.com/info_7973128_skin-fungus-remedies-cats.html
No comments:
Post a Comment