search

Friday, September 4, 2015

Computer keep restarting, can’t boot window /SATA Drive not detected while installing XP

 

Check your bios, make sure your sata controller is set to ATA, not AHCI. Otherwise the computer wont see the drive when trying to install XP in some cases.

Image result for cmos battery Desktop cmos Battery

Image result for Dell inspiron 1420 cmos battery Dell Insoiron 1420 cmos battery (CR2032)

Step for (Dell inspiron 1420)

1. Restart press F2 >>> check the time if it show back to factory set, then

2. Goto SATA operation >>>> change AHCI to ATA

3. Before you can change to ATA you must goto Flash Cash Module

4. Change to OFF

5. Exit

6. Restart window

7. If window can boots normally then shut down window for about a minute.

8. Then switch ON again, If window keep restarting again.

9. Replace Cmos /RTC battery inside the PC/Laptop.

10. After replace Goto step 1 to 7 again. If window can Boots normally >> Solve (End)

11. If NO then Check the RAM And Hardisk (repair window).

12. Replace if faulty.

Good Luck

Monday, August 24, 2015

Handphone ori ke Tak

Berkenalan dengan telefon kita


IMEI merupakan singkatan kepada International Mobile Equipment Identity, dimana setiap peranti mudah-alih didatangkan dengan angka identiti yang unik, dimana berlainan dengan setiap yang lain.


Sekiranya anda membeli peranti baru, anda akan dapat melihat angka IMEI ini di beberapa lokasi, seperti pada bahagian bateri, kotak peranti, mahupun pada resit yang dibeli oleh anda.
Anda juga boleh menyemak nombor IMEI anda dengan mudah pada peranti anda melalui;


Untuk iOS, anda perlu ke bahagian Settings > General > About
Untuk Android, anda perlu ke bahagian Settings > About Phone
Untuk BlackBerry anda perlu ke bahagian Options > Status
Untuk Windows Phone, anda perlu ke bahagian Settings > About > More Information


Sekiranya cara semakan tersebut agak sukar untuk anda, cara mudahnya adalah dengan hanya mendail *#06# pada peranti anda, dan nombor IMEI akan diperlihatkan serta merta. Setiap IMEI hadir dengan 15 digit yang mana masing-masing mempunyai kegunaannya dalam memberikan identiti dan informasi untuk peranti anda.


1. Taip *#06#
2. Akan keluar IMEI number ( International Mobile Equipment Identity)
3. Semak nombor pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 123456019012345
4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
5. Untuk semak sama ada phone ori atau tidak, check kod di bawah.
•02 atau 20 : dari China = LOW QUALITY
•08 atau 80: dari Germany = FAIR QUALITY
•01 atau 10: dari Finland = VERY GOOD
•00 atau 03 oatau 04: dari kilang asal = BEST MOBILE QUALITY
•13 : dari Azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH


Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan untuk mengenal-pasti identiti peranti anda, dan salah satunya adalah IMEI.info, yang dikemaskini dengan pelbagai angka IMEI setiap hari. Namun, terdapat beberapa peranti yang tidak termasuk dalam pangkalan data mereka, menjadikan bukan ke semua peranti boleh diketahui melaluinya.


Semakan Pendaftaran Nombor IMEI
Jadi, mungkin ramai yang kini tertanya-tanya, apakah kegunaannya? IMEI mempunyai pelbagai kegunaan, dan untuk pengguna biasa, ia amat berguna sekiranya anda ingin mematikan peranti anda sekiranya kehilangan ataupun dicuri dan sebagainya.


Memandangkan IMEI digunakan sebagai identiti untuk telefon anda, maka sekiranya anda kehilangan peranti, anda boleh menghubungi syarikat telekomunikasi dan melaporkan mengenai kehilangannya, dan senarai hitam akan peranti tersebut, sekaligus menjadikan ia tidak berguna lagi.


Namun, seperti biasa, terdapat beberapa kejadian, dilaporkan angka IMEI boleh diubah oleh pencuri dan menjadikan ia boleh digunakan semula. Untuk tujuan ini, angka yang tidak disenara-hitam akan digunakan. Jadi, untuk sebab ini, ia sering dikatakan angka IMEI perlulah disimpan untuk kegunaan peribadi, dan tidak dikongsikan kepada umum, yang mana boleh menjadikan peranti anda di klon dengan mudah.

Monday, August 17, 2015

Batuk

                         Image result for batuk

Cara menghilangkan batuk berbeza mengikut jenis-jenis tersebut. Berikut adalah petua menghilangkan batuk dengan cepat yang anda mesti tahu! Antara yang anda akan tahu adalah:

Image result for batuk

Kaedah #1: Merawat Batuk Berkahak

Kaedah #2: Merawat Batuk Kering (Tanpa Kahak)

Kaedah #3: Rawatan Cara Tradisional dan Remedi

Kaedah #4: Dapatkan Rawatan Doktor

3 Petua Tambahan

4 Perkara Yang Perlu Dielak Semasa Anda Batuk

Kesimpulan!

Jom hilangkan masalah batuk anda dengan cepat!

Kaedah #1 : Merawat Batuk Berkahak

Batuk boleh dikategorikan kepada dua jenis, berkahak dan tidak berkahak. Untuk segmen ini, petua-petua untuk menghilangkan masalah batuk yang berkahak.

1. Kenal Pasti akan Batuk Tersebut

Sekiranya anda batuk disebabkan oleh sesuatu penyakit, kebanyakan doktor enggan merawatnya. Hal ini kerana batuk boleh memainkan peranan yang besar dalam merawat sesuatu penyakit.

Batuk boleh mengeluarkan bakteria dan kuman yang menyebabkan penyakit anda. Ia bagaikan sesuatu agen merawat penyakit yang semula jadi.

Jadi, sekiranya anda mengalami masalah batuk yang berkahak, anggaplah ia sesuatu yang baik sebenarnya.

Namun, sekiranya anda tidak selesa dengan keadaan anda sekarang,teruskan membaca.

2. Guna Ubat Sapuan Vick’s Vaporub

Sapu Vick’s Vaporub pada bahagian leher dan dada. Biarkan untuk 20 minit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

3. Ambil Expectorant Image result for Expectorant

Ubat ini boleh didapati dari farmasi yang berdekatan. Ubat ini boleh melegekan segala jenis mukus ataupun kahak yang terdapat pada tekak. Selepas mengambil ubat ini, pastikan anda mengeluarkan sebanyak mana kahak yang mungkin.

4. Ambil Anthistamine

Ubat ini boleh membantu melegakan demam dan selesema dan mana-mana penyakit yang boleh menyebabkan kahak. Ubat ini juga boleh membantu anda mengeluarkan kahak tersebut. Anda juga perlu tahu bahawa ubat ini boleh menyebabkan rasa mengantuk bagi sesetengah orang.

Cuba mengambik ubat ini sebelum masuk tidur.

5. Guna Nasal Spray

Ambil nasal spray yang berasaskan salina kerana bahan tersebut boleh melegakan congestion. Seperti mana anthistamine, spray salina boleh melegakan mukus di dalam hidung dan tekak anda.

6. Hirup Kelembapan

Kelembapan boleh melegakan tekak anda daripada bahan asing. Anda boleh mencuba pilihan di bawah:

Mandi dengan air suam dan berendam (sekiranya boleh). Luangkan masa antara 15 hingga 20 minit menghirup kelembapan/wap yang dihasilkan oleh air suam tersebut.

Menggunakan humidifier. Alat ini boleh dibeli di kebanyakan kedai ubat dan farmasi. Letakkan alat tersebut berdekatan dengan anda agar boleh menghirupnya semasa anda tidur.

Sekiranya anda tidak mempunyai peralatan yang dinyatakan diatas, anda boleh mengelakkan daripada badan anda menjadi kering dengan banyakkan minum air.


7. Air Masak

Banyakkan minum air masak dan elakkan daripada mengambil minuman yang berkarbonat dan bersitrus – kerana boleh memberikan keaan yang tidak enak kepada tekak anda.

8. Pergerakan

Cuba melegakan tekak dengan sedikit pergerakan. Sekiranya anda berada di rumah dan anda mempunyai teman, gunakan teknik chest percussionuntuk membantu melegakan kesesakan dada.

Meniarap di atas tilam ataupun tikar.

Minta teman anda untuk menepuk belakang anda, dari bawah ke atas. Elakkan bahagian buah pinggang.

Ulang untuk beberapa kali sehingga congestion anda lega.

Minum air setiap setengah jam.

Sekiranya langkah-langkag tersebut diamalkan dalam jangka masa yang tertentu, boleh melegakan sedikit masalah batuk anda.

9. Tunggu Sembuh Sendiri

Batuk biasanya akan sembuh secara sendiri dalam masa 2-3 minggu. Namun jika tidak, dapatkan nasihat dan cadangan daripada doktor. – Sila rujuk Kaedah #4 di bawah.

Kaedah #2: Merawat Batuk Kering (Tanpa Kahak)

Untuk segmen ini, lebih kepada cara untuk menghilangkan masalah batuk tanpa kahak, ataupun juga dikenali sebagai batuk kering.


1. Elakkan Tekak Terlalu Kering

Dengan mengawal kelembapan ketak anda boleh mengurangkan rasa untuk batuk. Antara cara-caranya adalah dinyatakan di bawah:

Ambil sirap batuk secara berkala, mengikut nasihat dan dos yang sepatutnya.

Kerapkan kemam lozenge. Bahan yang terdapat dalam lozenge boleh mengurangkan rasa untuk batuk dan mempunyai ejen penyembuh penyakit tersebut.

Ambil madu. Anda boleh mencampurkan madu tersebut dalam teh ataupun air masak, dan minumnya. Kaedah ini merupakan salah satu cara mengurangkan batuk yang sangat berkesan. Namun begitu, jangan madu kepada kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.

Minum kordial blackcurrant. Sebaik-baiknya adalah memilih jus.

Matlamat utama adalah untuk mengelakkan tekak terlalu kering, ia boleh menyebabkan rasa gatal-gatal tekak. Jika anda tidak mempunyai perkara-perkara di atas, kerapkan minum air juga boleh diamalkan.


2. Belajar Cara Untuk Batuk Dengan Betul

Sekiranya anda mengalami masalah batuk yang terterusan, cuba teknik ini.

Jika anda merasakan yang anda akan batuk, cuba untuk batuk secara perlahan-lahan, sedikit demi sedkit. Dan kemudian, habiskan rasa untuk batuk tersebut dengan batuk yang kuat.

Rahsia disebalik cara adalah; batuk secara perlahan pada perawalan boleh mengeluarkan mukus secara perlahan-lahan dan batuk yang kuat pada akhiran boleh mengeluarkan semua mukus tersebut.

3. Gunakan Air Garam

Air garam boleh membunuh kuman dan bakteria yang menyebabkan sakit batuk tersebut. Hal ini kerana kondisi air tersebut tidak sesuai bagi bakteria untuk hidup dan membiak.

Cara-caranya adalah mudah:

- Campurkan 1 sudu teh garam ke dalam satu gelas air suam.

- Larutkan garam tersebut dengan menggaurkan larutan tersebut.

- Berkumur dengan air garam tersebut selama 30 saat.

- Ludah air tersebut (Jangan minum!).

- Ulang cara ini untuk 2 hingga 3 kali setiap hari.

InsyaAllah masalah batuk anda akan hilang, tidak pun akan berkurang.


4. Jumpa doktor

Sekiranya semua cara-cara yang dinyatakan di atas tidak memberikan kesan yang positif, anda dikehendaki untuk berjumpa dengan doktor anda.

Sekiranya masalah batuk anda berterusan untuk beberapa minggu, anda perlu mendapatkan ubat yang khas untuk masalah anda. Mungkin batuk anda disebabkan oleh faktor penyakit yang lain.


Kaedah #3: Rawatan Cara Tradisional dan Remedi

Jika kaedah rawatan farmasi dan ubat-ubatan moden tidak menjadi tarikan, anda boleh menggunakan rawatan batuk secara tradisional dan remedi. Kami senaraikan beberapa cara yang kerap diamalkan oleh rakyat Malaysia dan sesuai dengan semua orang:


1. Buat Sirap/Ubat Batuk Sendiri Dengan Lemon atau Limau

Sama ada anda tahu atau tidak, anda boleh membuat ubat batuk anda sendiri. Cara- caranya adalah:

Campurkan 2 sudu teh jus lemon/limau dengan 1 sudu teh madu.

Kemudian, masukkan satu cubit serbuk lada merah, ataupun bawang.

Telan campuran tersebut.

Rahsia disebalik cara ini adalah:

Madu boleh melegakan tekak anda daripada rasa gatal.

Jus ataupun perahan limau boleh mengurangkan inflamasi dan memberikan vitamin C untuk melawan bakteria dan kuman.

Serbuk lada merah boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke tempat yang bermasalah, lantas mempercepatkan proses penyembuhan.

Bawang mempunyai kandungan yang boleh membantu pengeluaran kahak dari badan.

Rakan admin pernah mencuba rawatan dengan limau nipis dan ianya berkesan!

Manakala dari PetuaNenek.com, kaedah penyediaannya adalah dengan mencampurkan perahan limau nipis dengan sedikit kicap manis, dan telan terus.

Cara ini adalah cadangan sahaja, sekiranya anda tidak mempunyai keyakinan untuk menjalani kaedah ini, anda boleh meneruskan membaca petua-petua yang lain di bawah.

2. Rawat Masalah Batuk dengan Bawang Putih ataupun Merah

Selain cara yang dinyatakan di atas, bawang merah juga boleh merawat masalah batuk dengan berkesan. Cara-caranya adalah:

- Kupas bawang merah dan potong secara kecil.

- Masukkan bawang tersebut bersama 4 sudu teh madu ke dalam satu bekas/mangkuk.

- Panaskannya bersama air sehingga mendidih.

- Reneh sehingga 2 jam.

- Ambil campuran tersebut 1 sudu teh setiap 2 atau 3 jam.

Kenapa bawang merah dan bawang putih berkesan?

Hal ini kerana bawang mempunyai ejen antimikrob yang memainkan peranan yang penting dalam melawan bakteria dan kuman yang membiak di tekak anda.

Malah, saudara Hairul (dari Hairul.com) juga pernah berkongsikan pengalaman beliau memakan bawang bakar untuk menghilangkan batuk.

3. Guna Asam Jawa

Petua hilangkan batuk dengan asam jawa merupakan salah satu amalan yang paling biasa diamalkan oleh rakyat Malaysia.

Cara penyediaannya adalah:

Masukkan beberapa ketul asam jawa ke dalam air suam.

Kacau campuran tersebut sehingga larut.

Keluarkan biji, sekiranya ada.

Minum (ataupun berkumur) air asam jawa tersebut setiap 2 atau 3 jam.

Kenapa air asam jawa berkesan?

Hal ini kerana asam jawa boleh memberikan kondisi yang tidak sesuai (rasanya agak masam) untuk pembiakan kuman, lantas mengurangkan kuman yang berada di tekak anda.

Selain senarai di atas, terdapat banyak lagi petua hilangkan batuk tanpa ubat yang berkesan.

Kaedah #4: Dapatkan Rawatan Doktor

Dalam apa-apa penyakit pun, anda tidak boleh mengabaikan kepentingan doktor. Walaupun penyakit batuk tidaklah dianggap kritikal, namun ada masanya untuk berjumpa dengan doktor.

Berikut adalah saat-saat di mana anda perlu dapatkan nasihat doktor tentang keadan anda:

Penyakit batuk tersebut pada bayi ataupun warga emas.

Batuk berterusan selama 4 minggu.

Kahak berdarah ataupun berwarna hijau.

Kerap mengalami kesukaran bernafas.

Sakit dada.

Masalah batuk juga merupakan salah satu simptom kepada penyakit-penyakit yang kritikal yang lain seperti asma, masalah jantung dan mungkin pneumonia.

3 Petua Tambahan

Batuk merupakan salah satu penyakit. Biasanya penyakit boleh dirawat dengan beberapa petua tambahan yang umum di bawah:

Banyakkan minum air masak suam semasa batuk – ia boleh melegakan rasa batuk dan

mengurangkan rasa gatal-gatal tekak.

Banyakkan memakan buah-buahan, terutamanya adalah buahan-buahan yang

mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi. Contohnya adalah: Limau dan lemon.

Semasa batuk, anda digalakkan untuk batuk ke dalam tuala tangan, untuk mengelakkan

kuman yang dikeluarkan semasa batuk tersebut menjangkiti orang lain di sekeliling.

Sekiranya petua-petua tambahan ini diamalkan, anda akan boleh sembuh daripada penyakit batuk dengan kadar yang lebih cepat.

4 Perkara Yang Perlu Dielak Semasa Anda Batuk

Tidak dinafikan, semasa anda mengalami masalah batuk, anda perlu pantau beberapa perkara yang perlu dielak. Berikut adalah senarainya:

Elakkan mengambil produk tenusu – susu, keju, dan lain-lain.

Elakkan memakan terung dan labu.

Elakkan makanan yang yang terlalu pedas ataupu makanan yang berminyak (bergoreng).

Jauhi merokok kerana bahan dalam rokok tersebut boleh menyebabkan inflamasi.

Anda mungkin pandang remeh dengan perkara di atas, namun ia boleh memberikan kesan yang besar dalam proses penyembuhan anda. Jadi, sekiranya anda terlalu mengidam untuk memakan makanan di atas, harap bersabar. Anda akan berterima kasih kemudian hari.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk menghilangkan dan melegakan masalah batuk. Tidak kiralah sama ada anda memilih kaedah konventional ataupun tradisional, asalkan cara rawatan tersebut adalah berkesan kepada masing-masing.

Harap senarai di atas membantu anda dalam masalah batuk mungkin hari ini, ataupun mungkin pada masa hadapan.

Setelah anda mencuba, janganlah segan untuk berkongsikan pengalaman anda dengan meninggalkan komen di bawah.

Saturday, August 8, 2015

Window 10 untuk semua

Dari omghacker

Saya cerita sedikit mengenai edisi Windows 10.
Windows 10 datang dengan 4 versi, iaitu Home, Pro, Enterprise dan Education.
Anda boleh lihat link bawah ini untuk tengok perbezaan antara keempat2 versi tersebut.
Perbezaan Windows 10 ( English )
Seperti biasa, System Requirements perlu ada untuk lihat sesuai atau tidak.

  • Berada versi terkini Windows 7 SP1 atau Windows 8.1 Update ( tapi tutorial ni kita buat manual, abaikan. hahaha )
  • Processor : Minimum 1Ghz atau processor berkelajuan tinggi atau SoC ( System On Chip )
  • RAM : Minimum 1GB untuk 32-bit, manakala minimum 2GB untuk 64-bit. Lebih dari 2GB disarankan pakai 64-bit yer.
  • Hard disk : 16GB untuk 32-bit OS manakala 20GB untuk 64-bit OS. Kalau hard disk besar jangan bimbang. Tambah2 pakai SSD, terasa kelajuan dia. Hahaha
  • Graphic Card : Minimum DirectX 9 atau yang terkini mempunyai driver WDDM 1.0. Jika graphic card model lama, disarankan MOD dahulu pada Windows 7 ( jika dah pakai Windows 8, pakai balik installer yang anda guna untuk Windows 8 ).
  • Display : Minimum 800x600
  Jika ciri2 di atas menepati komputer anda, bolehlah muat turun barang2 kat bawah ni.

Jika barang2 di atas tu dah siap muat turun, masa untuk mulakan langkah pertama.
Pastikan barang yang kena extract tu, extract siap2. ( Sila letak exclusions folder yang ada barang2 di atas termasuk folder Download yer )


Langkah Pertama
Anda perlu install dahulu Windows 7 USB DVD Tool ni dulu.
Selesai install, sila connect USB yang anda nak guna untuk boot OS, pastikan USB minimum 8GB kerana ISO Windows 10 besar la jugak :3. Sila buka program tersebut. Akan keluar seperti gambar bawah ni kan?

klik untuk lebih jelas

Sila klik Browser dan cari ISO yang anda muat turun tadi tu.
Kemudian klik Next dan akan keluar seperti gambar bawah ni.

klik untuk lebih jelas

Jangan klik Start over nanti dia patah balik gambar pertama tu. Hahaha. Klik USB device jika anda nak burn to USB, ataupun DVD ( kena masukkan DVD kosong lah ).


Bila dia tengah buat kerja tu, disarankan anda jangan usik komputer anda. Pi la tengok TV ke, on9 dekat smartphone ke, ataupun mengurat awek sebelah rumah ke. Siap proses tu tekan Start over pun boleh, pangkah terus pun boleh. Siap dah langkah pertama.


Langkah Kedua
Pastikan anda sudahpun backup data2 ( dalam folder User ( yang ada Document, Music, Picture, dll ), driver download siap2 ( walaupun Windows 8/8.1 - 10 ni automatik download driver ) untuk install driver yang Windows tertinggal untuk install dan salin storage detail. Local C berapa GB, Local D berapa GB.


Selesai backup dan download driver, boleh la Shut Down komputer anda. ( pastikan anda tidak connect USB tersebut pada USB Hub, sila connect direct USB komputer anda )

Sila masuk Boot Menu ( kalau model notebook saya HP F9, Acer pulak F12 ).


Sila pilih boot from USB anda, tunggu boot animation Windows, dan klik Install Now.


Sila ambik Custom : Install Windows Only ( Advanced ), dan delete semua partition ( jika Local D anda buat backup data, Partition 3 selalunya Local D. Lihat storage detail yang anda salin tu. Tujuan salin takut silap delete partition hilang backup data. Hahaha. Contoh gambar bawah, yang atok Google bagi :D

klik untuk lebih jelas

klik untuk lebih jelas

Pastikan anda letak Partition 3 lebih besar dari Partition 2 kerana P3 tujuan untuk backup data or letak Games ke.
Sila Format Partition 2, baru tekan Next. Tunggu proses selesai.
Agak lama jugak la, kemudian ikutlah arahan tersebut.
Jika ia mintak key, salinlah product key dibawah mengikut versi Windows anda install.

Windows 10 Professional = W269N-WFGWX-YVC9B-4J6C9-T83GX
Windows 10 Professional N = MH37W-N47XK-V7XM9-C7227-GCQG9
Windows 10 Enterprise = NPPR9-FWDCX-D2C8J-H872K-2YT43
Windows 10 Enterprise N = DPH2V-TTNVB-4X9Q3-TJR4H-KHJW4
Windows 10 Education = NW6C2-QMPVW-D7KKK-3GKT6-VCFB2
Windows 10 Education N = 2WH4N-8QGBV-H22JP-CT43Q-MDWWJ
Windows 10 Enterprise 2015 LTSB = WNMTR-4C88C-JK8YV-HQ7T2-76DF9
Windows 10 Enterprise 2015 LTSB N = 2F77B-TNFGY-69QQF-B8YKP-D69TJ

Maaf saya tidak ingat website yang saya guna untuk product key Windows 10 saya. Saya cuba skip, keluar error apa tah, sebab tu saya cari key dan masukkan tiada masalah. Cuba tengok key ini. Kalau berjaya, tahniah. Jika tidak, sila feedback untuk saya cari key yang berguna untuk anda semua.


Jika ada nampak Express Setting klik jer yang tu. Tunggu sehingga anda masuk Desktop.
Macam cara saya, saya tidak connect internet, akan connect internet selepas masuk Desktop.

Langkah Ketiga
Selepas masuk Desktop tu, sila connect internet
Anda perlu crack dahulu Windows. Ini contoh kedua2 crack yang sesuai untuk Windows 10.
Saya guna KMSPico, yang ni kena install dahulu. Jangan risau saya lampirkan gambar dibawah.

klik untuk lebih jelas

Kiri tu KMSAuto Lite 5+ manakala kanan tu KMSPico.
KMSAuto Lite 5+ tu anda perlu tekan Activate Windows manakala KMSPico tu hanya klik button merah tu.


Anda boleh guna lagi crack ini untuk Microsoft Office 2013 :)
Langkah Keempat
Selesai anda crack Windows, anda perlu install Microsoft .NET Framework 2.0
Sebenarnya tak perlu pun install Framework 2.0 ni, buat syarat untuk install Framework yang lain.


Macam notebook saya driver lama, memerlukan Framework 2.0 janji anda crack dahulu Windows.
Lepas anda klik Framework 2.0 tu, akan keluar seperti gambar di bawah. Klik Install this feature.

klik untuk lebih jelas

Selesai sahaja install feature tu, disarankan restart komputer anda ataupun proceed install driver.


Untuk notebook model baru tiada masalah untuk install driver tanpa Framework tersebut ( ada sesetengah notebook automatik download driver :) ). 
Tak silap saya graphic ATI memerlukan Framework ini. ( berdasarkan pengalaman saya guna ATI Mobility Radeon X1300 huhuhu ).


Itu sahaja langkah2 yang perlu anda paham dan buat.
Mudah bukan? Jangan silap langkah, tak pasal2 kena repeat format balik. Hahaha.
Disarankan anda buat Clean Install Windows 10 untuk mengelakkan sebarang ralat.
Windows 10 juga boleh restore backup dari Windows 7 jika anda direct upgrade dari Windows 7.


Crack diatas ialah lifetime activation. Maksudnya jika Windows anda masuk hari ke 179, dia akan automatik renew jadi anda tak perlu renew, semuanya berlaku secara automatik. ( janji letak exclusions folder crack tu yer ( bagi yang kena install dahulu, exclusions folder dia ).
Update Windows? Tiada masalah, anda boleh je update tanpa was2 dan ragu2. :)
Jika anda on komputer anda, tunggu 5 minit jika keluar blank sahaja. Kalau 15 minit macam tu je anda tekan button power kat komputer anda, on balik dia akan masuk Welcome Login.
Kadang2 notebook saya jadi begitu, mungkin crack kot. Hahaha.


* Selamat mencuba dan crack. Sila guna ke jalan yang benar, jangan salah guna. Jika nak guna untuk perniagaan, jangan cekit mahal2 dekat customer.

Wednesday, July 15, 2015

MALAYSIA TANAHAIR –KU

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

Negara-ku Malaysia, Tanahair-ku, Tanah di mana sembilan puluh tahun dahulu

Darah tumpah dan aku dilahir
Di lahir sebagai anak bangsa yang dijajah
Aku membesar mempertuankan orang asing
Terhina dan dihina
Bangsa yang serba kekurangan
Tinggal dipondok berbumbung atap nipah
Berdinding, berlantai kayu
Namun aku lebih bahagia dari ramai bangsaku
Mereka tinggal di pondok robek, tiris apabila hujan
Tanpa pili air tanpa lampu letrik
Anak mereka berkaki ayam, berkudis
Demam panas dan kadang-kadang meninggal
Aku survive, aku ke sekolah, aku ke universiti
Nasib aku lebih baik
Allah Subhanahu Wataala kesian kepada aku
Setelah dijajah oleh satu bangsa, dijajah pula oleh dua bangsa lagi

Aku bertanya akan bangsaku selalunya dijajah orangkah?
Alhamdullilah, berkat kesedaran, berkat perjuangan, berkat perpaduan

Bangsaku dibebas, merdeka
Apakah merdeka hanya bermakna tidak dijajah orang
Apakah merdeka bermakna terus merana
Tidak, tidak, tidak
Merdeka bermakna kemajuan
Kemajuan sehingga berdiri sama tinggi
Duduk sama rendah dengan bekas penjajah dan bangsa lain
Bahkan mungkin lebih tinggi
Politik yang menyelamat dahulu
Terus membela bangsa
Negara dibangun, bangsa dibangun, agama di muliakan
Kemudian…
Malang dan sedih,
Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi
Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak
Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?
Mana bahagian aku?
Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu

Apa makna senang jika untuk mendapat sesuatu begitu susah
Dan nafsu dan perasaan tamak pun di peralat dan disogok oleh orang-orang politik dan orang kaya

Image result for DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

Tuesday, July 14, 2015

Get Rid Of White Skin Spots Fast And Easy

 

Image result for Tinea versicolor  Tinea versicolor is fungal skin disease which usually occurs during summer period.

It is about the white spots that appear all over the body, usually on the neck area. If not treated, these white spots can spread.

If you have trouble with white spots on the skin, use the following 5 natural remedies you can find in your household.

What are the main causes for the white spots on the skin?

– Oily skin

– Weak immunity

– Sunbathing and spending some time in warm place with high humidity

– Increased sweating

Natural remedies against Tinea versicolor:

1. Turmeric  Image result for Turmeric

This yellow spice has amazing anti-inflammatory properties. Turmeric is a great mask against fungus.

Mix a few drops of water with turmeric powder and apply the resulting paste on the affected parts of the skin. Leave it to act for about half an hour before you rinse it well with water.

2. Tea tree oil   Image result for Tea tree oil

Tea tree essential oil is great against fungal diseases of the skin and in fights against infections, so it is equally effective in the fight against white patches on the skin as well.

Mix one tablespoon of olive oil and a few drops of tea tree oil into a bowl. Soak a cotton swab in the resulting mixture and apply it on the affected areas of skin. Leave the remedy to act for a few hours.

3. Probiotic   

Yoghurt is rich in good bacteria that help the body to fight harmful microorganisms including the Tineaversicolor.

Apply unsweetened probiotic or regular yogurt onto the critical area(s), let it dry and wash it off of the skin afterwards. Repeat this process several times a day.

4. Garlic  Image result for Garlic

Garlic is the most powerful ingredients, and its healing properties can be applied directly on your skin. Garlic is effective against fungi and is a natural antibiotic.

Cut one clove of garlic in half and rub the “naked” part on the skin where the white spots have occurred. If you feel a slight tingling, do not panic because that is perfectly normal reaction. Let the garlic act for 15 minutes before you wash it.

Wednesday, June 3, 2015

Volume Icon Missing win 7

                      Image result for volume icon missing in window 7 task bar 

All you have to do is open up task manager, go to processes, end explorer.exe...

the taskbar should close down, dont panic, just while you still have task manager up

press [file] and then new task run, and in the section type explorer.exe, your taskbar should load back up with the normal icons.

if that doesn’t work then go n do some registry editting as bellow:

  1. Click Start, type regedit in the Start Search box, and then press ENTER. If you are prompted for an administrator password or for confirmation, type the password, or click Allow.

  2. Locate and then click the following registry subkey:HKEY_CURRENT_USER\Software\Classes\Local Settings\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\TrayNotify

  3. In the Details pane, click the IconStreams registry entry.

  4. On the Edit menu, click Delete, and then click Yes.

  5. In the Details pane, click the PastIconsStream registry entry.

  6. On the Edit menu, click Delete, and then click Yes.

  7. Exit Registry Editor.

  8. Either restart the computer or the Explorer.exe process.*

 

            Good Luck >>>>>>>.