GlaxoSmithKline Consumer Healthcare (GSK), salah sebuah firma farmaseutikal dan penjagaan kesihatan berdasarkan penyelidikan terkemuka dunia, baru-baru ini telah menganjurkanTinjauan Memahami Pengurusan Kesakitan Panadol 2014 yang meneliti persepsi dan sikap rakyat Malaysia terhadap pengurusan kesakitan.
Tinjauan berkenaan bertujuan untuk menambah pemahaman tentang cara penduduk negara ini mengurus kesakitan dan juga persepsi mereka bagaimana kesakitan memberi kesan terhadap kehidupan masing-masing. Tinjauan berkenaan melibatkan kumpulan sampel yang terdiri daripada 306 orang rakyat Malaysia berusia 18-65 tahun dari Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru.
Hasil tinjauan:
Jenis kesakitan yang biasa dialami oleh rakyat Malaysia
- Sakit kepala – dialami oleh 85% responden
- Sakit bahu – dialami 24% responden
- Sakit otot – dialami 18% responden
- Sakit bawah belakang/pinggul – dialami 15% responden
Perkara yang dianggap punca sakit kepala
- Kurang/lewat tidur – 72% responden
- Tekanan kerja – 40% responden
- Gaya hidup yang diamalkan – 21% responden
- Cuaca panas – 15% responden
- Merokok – 15% responden
- Makanan yang mengganggu sistem penghadaman – 14% responden
Cara yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia untuk merawat sakit kepala
- Mengambil ubat pelega kesakitan atas kaunter (OTC) – 91% responden
- Menggunakan minyak angin – 41% responden
- Mengambil ubat yang diberi doktor – 21% responden
- Berurut – 20% responden
Jantina rakyat Malaysia yang mengalami sakit kepala
- 57% daripada responden lelaki
- 74% daripada responden perempuan
Apakah kesakitan yang biasa dirawat menggunakan parasetamol?
- Sakit cupola
- Selsema
- Derma
- Senggugut
- Sakit belakang
- Sakit lever
- Sakit bahu
- Sakit sendi
- Sakit otot
Apakah jenis-jenis pelega kesakitan atas kaunter yang biasa ditemui di pasaran?
Ubat pelega kesakitan atas kaunter yang biasa digunakan termasuklah parasetamol dan kombinasi parasetamol dan kafein. Ubat seperti ini baik untuk merawat kesakitan biasa atau ringan sehinggalah kesakitan sederhana di samping melegakan demam.
Adakan semua jenis ubat pelega kesakitan atas kaunter sesuai untuk semua orang?
Walaupun semua ubat pelega kesakitan atas kaunter secara umumnya selamat, bukan setiap ubat pelega kesakitan tepat untuk semua orang. Sesetengah orang perlu lebih berwaspada apabila memilih analgesik yang sesuai untuk mereka.
Umur orang yang memerlukan kelegaan kesakitan adalah faktor penting yang perlu dipertimbangkan apabila memilih pelega kesakitan. Berhati-hati apabila memberi mana-mana ubat kepada kanak-kanak, kerana cara tubuh mereka bertindakbalas terhadap ubat berbeza dengan cara tindakbalas tubuh orang dewasa.
Pertahanan terapeutik utama dalam melegakan kesakitan yang boleh digunakan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 adalah parasetamol. Parasetamol baik untuk melegakan kesakitan dan demam pada kanak-kanak. Parasetamol boleh diberikan kepada kanak-kanak dari usia seawal 1 bulan (berdasarkan nasihat doktor anda). Malah, parasetamol merupakan antipiretik yang disyorkan jika seorang kanak-kanak disyaki menghidap demam denggi, dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia turut mengesyorkan penggunaan parasetamol sebagai kaedah pilihan untik melegakan demam pada pesakit denggi.
Orang berumur juga perlu berhati-hati apabila memilih pelega kesakitan. Semakin kita berusia, tubuh kita tidak lagi sekuat zaman lebih muda dahulu. Selain mengalami masalah kesihatan seperti sakit sendi atau penyakit jantung, kita juga lebih mudah mengalami kesan sampingan apabila mengambil ubat-ubatan. Bagi mereka yang berusia, adalah penting supaya memilih pelega kesakitan yang tidak cenderung menyebabkan kesan sampingan dan boleh diambil bersama ubat-ubatan lain yang mereka mungkin perlu untuk masalah kesihatan yang sedia ada. Pakar mengesyorkan parasetamol sebagai pelega kesakitan pilihan bagi mereka yang berusia kerana kesesuaian dan profil keselamatannya.
Bagaimanakah ubat pelega kesakitan berfungsi?
Majoriti kapsul dan tablet biasanya mengandungi hanya salah satu daripada jenis-jenis bahan pelega kesakitan dan demam yang berikut:
- Parasetamol (juga dikenali sebagai asetaminofen di sesetengah negara)
- Salah satu ubat anti radang bukan steroid (NSAID), seperti aspirin, ibuprofen, naproksen atau diclofenac
Analgesik seperti ini mungkin digabungkan dengan bahan-bahan lain, seperti kafein dan kodein, yang meningkatkan kesan pelegaan sakit parasetamol atau NSAID. Kadang-kadang, parasetamol dan NSAID digabungkan dengan bahan-bahan pelega selsema, yang membantu melegakan gejala-gejala seperti kesebakan dan hidung berair. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengetahui bahawa parasetamol dan NSAID berfungsi dalam cara yang berbeza bagi melegakan kesakitan.
Kedua-dua parasetamol dan NSAID baik untuk melegakan kesakitan yang ringan hingga sederhana. Tetapi walaupun kedua-duanya melegakan kesakitan, ianya berfungsi dalam cara yang berbeza.
Parasetamol dipercayai bertindak di dalam otak secara utamanya dan nampaknya mempunyai kesan ke atas rasa sakit yang yang pelbagai. Sebagai contoh, parasetamol menghalang penghasilan bahan kimia yang mengakibatkan kesakitan dan keradangan, yang dipanggil prostaglandin. Prostaglandin terdapat di seluruh badan, tetapi parasetamol berkesan terhadap prostaglandin yang terdapat di dalam otak, secara utamanya. Oleh itu, parasetamol bukan sahaja dapat melegakan kesakitan dan demam, ia juga kurang mempunyai kesan sampingan apabila diambil pada dos yang disyorkan. Parasetamol juga tidak berkesan ke atas keradangan.
Disebabkan parasetamol dan NSAID berfungsi secara berbeza bagi melegakan kesakitan, ini membawa kepada perbezaan lain yang penting di antara jenis-jenis analgesik ini. Oleh itu, adalah penting supaya sentiasa membaca label ubat untuk memastikan sesuatu pelega kesakitan adalah sesuai, dan juga mendapatkan nasihat profesional penjagaan kesihatan apabila anda mempunyai pertanyaan atau berasa ragu-ragu.
No comments:
Post a Comment