search

Tuesday, August 27, 2013

SEAWEED JELLY / JELY RUMPAI LAUT

                                 

seaweed 50g

air = lebih kurang 100ml (kalau nk lembut tambah air)

option : tambah perasa jika perlu ( kopi,milo.wanila.pandan)

            Tambah madu / gula /molesses.

Cara penyediaan seaweed

Basuh rumpai laut tadi dengan air mengalir sebanyak 2-3 kali seperti anda membasuh beras. Jangan risau bau hanyir itu adalah bau air laut yang kering. Setelah itu rendam dan simpan semalaman ataupun sekurang-kurangnya 6 jam.

Pada keesokkan harinya rendaman rumpai laut sudah mengembang dan air akan berwarna sedikit keruh dan berbau hanyir. Pindahkan air rendaman tersebut ke dalam bekas lain. Sila rujuk buku resepi dan petua kami untuk kegunaan air rendaman seaweed collagen ini.
Basuh lagi rumpai laut sehingga 2-3 kali. Anda akan terasa seperti ada garam halus di permukaan rumpai laut. Sila cuci sehingga bersih. Jangan risau khasiatnya tidak akan hilang.
Ini rupa seaweed collagen gred AAA yang sudah dibasuh bersih, ianya sudah mengembang dan berkilat. Jika terlebih basuh/rendam, warnanya menjadi jernih dan telah kehilangan banyak khasiat kolagen. Hasil begini adalah yang terbaik untuk kandungan beta-Carotene dan antioksida yang tertinggi. Jangan risau jika baunya hanyir atau busuk sedikit, kami ada petua terbaik untuk menghilangkan bau.

                          

Masukn daun pandan/ perasa pandan.hilangkn bau

Cara hilangkan bau rumpai laut:

1. Gunakan daun pandan segar.

2. Rendam rumpai laut dengan 2 helai daun pandan semalaman.

3. Tarukkan sekali 1-2 keping asam keping.

4. Gantikan air rendaman setiap sejam, jika mampu.

5. Masak dengan 2 helai daun pandan lagi.

6. Taruk satu sudu esen ros, vanila ataupun daun pandan.

Untuk aroma yang lebih wangi, bolehlah masukkan esen vanila ataupun bunga ros satu sudu kecil. Sekarang gerenti anda suka kerana bau seaweed collagen harum semerbak. Petua kami ini sangat sesuai untuk buat makan ataupun masker.

Masak dengan api yang perlahan dalam 30 hingga 45 minit. Jika anda suka, sekarang boleh masukkan gula secukup rasa. Kami sarankan anda makan tanpa gula tetapi jika hendak bagi kepada anak-anak bolehlah tambah gula sedikit.
Jangan lupa kacau sehingga rumpai kolagen sebati dan larut. Jangan tinggalkan periuk lama-lama, nanti takut hangus pula. Teruskan kacau sehingga sebatian sedikit likat seperti jeli ataupun agar-agar lepas tu tutup api.

                                 

Akhir sekali anda boleh tutup dan simpan dalam peti sejuk, bukan peti ais sejuk beku! Habis hilang semua khasiat jika masukkan ke dalam peti ais. Seaweed collagen ini tidak akan rosak atau berkulat dalam masa tiga minggu.

No comments:

Post a Comment