search

Friday, July 5, 2013

Raja Kayu

Jenis2 raja kayu – Merah & Putih.

clip_image001 Putih

clip_image002 Merah

Ciri2 Raja Kayu : Jika dipotong nipis (1cm) ia tembus cahaya warna kemerahan. Amat susah dipotong.

Ia akan tenggelam jika direndam dlm air.

Jika dibakar ia akan hasilkn cecair melelehspt kemeyan dan tidak menghasilkan abu

spt kayu lain.

Masyarakat orang asli selalu mencari damar dari jenis pokok ini untuk pelbagai kegunaan. Masyarakat orang asli jarang jatuh sakit sedangkan mereka tinggal di hutan. Kayu dan akar dari hutan kitalah yang memberikan mereka segala keajaiban dan ubat-ubatan.
Serbuk Raja Kayu jika digosok pada kulit akan meresap ke dalam kulit. Ia mempunyai berbagai khasiat terutamanya penyakit kulit dan digunakan untuk mengurut. Berikut adalah antara khasiat dan kegunaan Raja Kayu :

Urut Badan

1. Ambil serbuk raja kayu (kikis raja kayu atau diasah pada buntut pasu untuk mendapatkan serbuknya), campur kedalam apa-apa jenis minyak urut, kemudian ambil sepotong raja kayu.

2. Bakar kayu tersebut bersama minyak urut yang telah dicampur serbuk raja kayu tersebut (gunakan periuk). Raja kayu akan mengeluarkan damarnya ketika dibakar lalu akan bercampur dengan minyak urut.


3. Tunggu sehingga minyak urut itu suam sedikit tetapi jangan sampai sejuk kerana damar akan mengeras.

4. Gunakan untuk mengurut. Permata Cincin Bahagian Raja kayu ni kalau nak dibuat permata cincin adalah bahagian teras atau pun mata kayu yang terdapat pada Raja Kayu. Raut perlahan-lahan kerana kayu itu mudah pecah.


Gigitan Serangga


Gosok serbuk raja kayu ditempat yang kena sengat. Kesannya dalam setengah jam.


Masalah Dalam Badan


Antara kegunaannya adalah masalah dalaman badan seperti cirit birit, muntah, resdung, lelah, darah tinggi, kencing manis, darah tinggi, keracunan makanan, perut memulas, kebas kaki tangan, mata rabun, resdung, penat, lelah, sakit sendi, sakit pinggang, lemah tenaga batin, buasir, perempuan turun darah, terlekat uri, sakit tengkuk, termakan racun dan muntah-muntah. Cara menggunakannya hanya merendam Raja Kayu ke dalam segelas air panas selama 10 minit.


Amalkan setiap pagi dan malam untuk kesihatan badan. Jika digunakan secara berterusan dengan cara ini, Raja Kayu akan dapat bertahan selama setahun setengah.

KHASIATNYA:PENDINDING,PENAWAR BISA,PENUNDUK,UBAT BUASIR DAN UBAT LELAH.MENGIKUT SESETENGAH LAGI PENDAPAT BAHAWA JIKA SEKIRA RAJA KAYU INI DISIMPAN DIDALAM RUMAH,POKOK KAYU YANG LAIN TIDAK AKAN MENIMPA RUMAH ITU..

No comments:

Post a Comment