Dalam kul 10am kami bertolak dari KL ke Kampung Jerang dekat kg DurianTipus,Jelebu Negeri Sembilan untuk berurut/massage dgn hj Lugua membetulkan bahagian badan yg dah lebih 10 tahun sakit (Bahu) .
Saya dapat tahu tentang Hj ini dari Blogger warta Shubi.
Sampai rumah haji pd kul 1.30pm. Ada 2-3 jalan ke jelebu,iaitu jalan semenyih,Ulu Langat dan Karak highway. Jika anda ingin kesana saya nasihatkn saudara guna Karak highway lebih senang berbanding dgn yg lain. KL ke rumah Hj lebih kurang 130km.
Bawa bekal makanan kerana kt menunggu kadangkala agat lama.Bergantung pada pengunjung. Masa rawatan tiada cuti buka setiap ari. Nombor HP 0196091214 Hj Osman (Dikenali dgn pangilan Lugua).
Cara urut hj agak pelik, beliu tak guna minyak atau jampi, hanya betulkan bahagian badan dgn cara tersendiri seperti “ Alignment kedudukn urat/tulang”. Bagi “gua” setelah betulkn alignment badan, badan merasa lebih ringan.saya bertanya pd hj berapa kerap harus alignment, dgn selamba beliu mengatakn bila terasa tak sedap badan datanglah!
Ni Cara nak ke rumah hj Lugua (ikut karak). Paste dari blog warta Shubi. (temikasih pd saudara Mohd Shubhi Abdul kerna berkongsi info)
Pada hari Isnin aku bersama dengan seorang kawan terus bertolak awal pagi menuju ke Lebuhraya Karak. Itulah petua yang diberikan pada aku. Kebetulan kawan yang pergi bersama tahu ada sebuah kedai nasi lemak sedap di Pekan Karak. jadi kami bertahan tak bersarapan sehinggalah sampai ke Pekan Karak sekitar pukul 10 pagi.
Kedai nasi lemak tersebut berada di sebelah kanan jalan jika anda datang daripada lebuhraya karak. Ia berada betul-betul bersebelahan dengan balai bomba pekan Karak. Masa kami sampai kelihatan beberapa pegawai bomba sedang lepak bersarapan di kedai tersebut.
Aku makan nasi lemak berlaukkan telur goreng dan sekeping sotong. Dipasangkan dengan secawan Nescafe panas aku mula menyuap nasi masuk ke dalam mulut. Ahhhh! memang sedap secukup rasa. Aku makan sampai licin.
Kawan aku pulak ambil sepinggan nasi lemak berlaukkan telur goreng dan ayam goreng. Dia minum secawan milo panas. Habis licin kami makan dan aku bangun membayar. Harga kesemua itu hanyalah RM11.80 sahaja.
Aku rasa ia amat berpatutan. Kalau pembaca ke Pekan Karak waktu pagi, jangan lupa singgah di kedai tersebut. Aku ada paparkan gambar rupa kedai dan juga rupa makanan yang aku makan hari itu untuk tatapan pembaca.
Sebelum beredar aku bertanya pada tuan kedai bagaimana nak ke Durian Tipus. Itu nama tempat di mana Haji Lugua berada sebagaimana yang dipetuakan pada aku.
Tuan Kedai suruh kami teruskan ke depan dalam 300 meter (kalau tak silap) sehingga terjumpa balai polis. Selepas balai polis ada satu simpang ke kanan yang boleh membawa kita ke Kuala Pilah. Ikut jalan tersebut terus sehingga berjumpa dengan Kampung Durian Tipus. Haaa! mudah saja petuanya, insyallah tak sesat.
Kami beredar meneruskan perjalanan menuju ke Durian Tipus. Hampir tengahhari kami akhirnya sampai ke sana. Rupanya dah masuk sempadan Negeri Sembilan daerah Jelebu. Orang sana dah cakap negori bila aku turun di depan sebuah kedai untuk bertanyakan di mana rumah tukang urut pada seorang makcik.
"Ooo Haji Lugua!", katanya, aku tak sebutpun nama Lugua tersebut takut kalau-kalau ia hanyalah panggilan kawan yang beri petua pada aku. Rupanya memang semua orang kampung panggil dia dengan nama tersebut.
Jika anda sampai dari Pekan Karak tadi, terus sehingga terjumpa Papan Tanda Kampung Durian Tipus. Ada pekan kecil sangat di simpang kiri. Masuk kiri ikut jalan tersebut sehingga berjumla dengan Kampung Jerang. Ada sebuah pondok polis di situ.
Selepas pondok polis itu ada satu lorong ke kiri di sebelah Masjid Kpg Jerang. Masuk ke lorong kiri itu. Selang dalam 6 buah rumah sebelah kiri anda akan bertemu rumah Haji Lugua
Ada tanduk kerbau besar tergantung pada dinding rumah Haji Lugua. Ketika kami sampai ada pesakit sedang dirawat dan masih menunggu. Kami jadi orang yang ke-4 untuk dirawat jika kesemua mereka habis. Tak tau berapa lama perlu menunggu.
Untuk hilangkan kebosanan aku berbual dengan seorang Pakcik sedang duduk dibangku luar rumah membaca surat khabar. Dia datang dari Johol untuk merawat Isterinya. Dia menunjukkan isterinya di dalam sedang terbaring tidak bergerak. Wah terus sakit isterinya itu.
Katanya dia dah berjumpa dengan banyak tukang urut, satupun tak ada kesan. Doktor kata isterinya mengalami masalah saraf yang membuatykan dia kaku tidak bergerak. isterinya sebelum ini kaku keras.
Selepas dia bawa berjumpa Haji Lugua kali pertama, isterinya nampak banyak perubahan. Dia boleh bergerak dan tidak lagi keras anggota. Ini merupakan kali kedua dia bawa mengurut dengan Haji Lugua.
Aku tengok seorang lagi pesakit sedang duduk masam mukanya. Pakcik itu nampak sakit dan tidak ceria. Dia lumpuh sebelah kiri anggota badan tak boleh berjalan. Seorang makcik pula keluar selesai dirawat. Dia terpaksa berjalan dengan sokongan tongkat.
Aku melihat semua itu dan pakcik itu mungkin perasa apa yang aku fikirkan dengan selamba berkata, "Yang datang ke sini kesemuanya barah-parah belaka, kritikal...!". Aku diam saja. Rasa malu pulak aku sekadar sakit tumit kaki dan lutut sanggup datang dari jauh.
Ringkasnya setelah selesai semua, tiba giliran aku. Aku masuk ke dalam bersama kawan. "Lu apa kena?" tanya haji dengan brutal. Aku tunjukkan bahagian tumit kaki kiri dan lutut yang sakit padanya.
"Lu baring..." perintahnya. "Mau tukar pakai kain ke?", tanya aku kembali, "tarak payah tukar-tukar, lu baring itu macam saja", katanya. Aku terus meniarap dengan berseluar jeans kodroi dan dia mula perbetulkan kaki aku.
Haji Lugua tak pakai minyak aatau apa saja. Dia membetulkan keseluruhan sendi aku dari hujung jari kaki naik ke atas ke hujung tangan sehingga hunung tengkot. Meletup-letup semua tulang serta sendi aku semua dibetulkannya. kasi buat alingment satu badan kata Haji pada aku.
Kata Haji semua kesakitan yang aku kena disebabkan oleh alingment yang tak betul membuastkan segala urat saraf serta otot terhimpit sertya kejang. Jika dibiarkan tak buat maintenance, lama kelamaan macam-macam penyakit datang.
Banyak benda yang tak betul sebelum ini Haji betulkan. Tanagan aku yang tak boleh genggam rapat jadi sedap digenggam semula. kaki tak boleh lipar rapat jadi elok semula, lutut lega dan naik tangga jadi selesa semula.
Wah!!! aku nak pergi sebulan sekali. Ada lagi yang masih terasa. Haji kata mana boleh buat sekali lega kesemua. Lu mau sabar, kata haji pada aku. Selesai semua urusan kami Haji berborak panjang dengan aku, macam-macam aku tanya dan dia tak lokek menjawab apa yang diketahuinya dengan pelat cina yang masih tak habis.
Kemudiannya dia ajak aku pergi melawat perusahaan buat parang di kampung sebelah. kawan kampung yang buat katanya. Haji kata aku orang seni sebab bawa kamera dan ambil gambar. Jadi tentu berminat tengok cara buat parang dan pisau tradisi. Aku setuju saja dan kami nasik kereta pergi bersama...
Tentu ada yang bertanya berapa bayarannya. Haji Lugua tak kenakan apa-apa bayaran. Dia macam tak peduli sangat samada orang nak bayar atau tidak. Biasanya orang akan beri 2 atau 3 puluh ringgit bila bersalam nak balik....
No comments:
Post a Comment