search

Wednesday, July 4, 2012

Melaka–HUTANG.. Mana Mau Lali..ha

                      

Dalam temubual bersama akhbar berbahasa Inggeris The New Sunday Times Ahad lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan beliau berhasrat untuk berallih angin menyertai Kerajaan Pusat sekiranya diizinkan Perdana Menteri.


Maksudnya beliau akan bertanding kerusi Parlimen bukan lagi kerusi Dun. 
Setelah menimbunkan hutang kerajaan negeri menjadi RM865juta dan meninggalkan rezab kerajaan negeri sebanyak RM8juta, Ali Rustan ingin 'cabut' ke pusat.

 Orang yang menggantikan beliau samada dari BN atau PR akan pening memikirkan bagaimana hendak membayar hutang tersebut. Itulah hebatnya Ali Rustam ...berhutang pandai tetapi bayar hutang jauh sekali.

Projek-projek besar yang tidak berdaya maju dan bangkrap seperti Eye On, Kincir air, Lapangan Terbang, Litar Go-Kart, Kapal Selam semuanya dibuat dengan menggunakan duit hutang dari kerajaan pusat. Akhirnya hutang keliling pinggang.

                                         NI LAH KEHEBATAN BN

No comments:

Post a Comment