Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?Sekarang ini, pekerja swasta masih boleh membuat pengeluaran wang KWSP di akaun 2 ketika menginjak ke usia 50 tahun. Tetapi untuk pengeluaran wang KWSP melibatkan pengeluaran keseluruhan (secara total) kalangan anda semua mesti tunggu sehingga 60 tahun. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat KWSP sebenarnya?
Seperti yang diketahui anda di sini, KWSP ini merupakan sebuah institusi yang menjadi platform kalangan kakitangan kerajaan mahupun swasta ini membuat simpanan di hari tua bukannya simpanan sehingga mati!! 2 situasi dan perkara yang berbeza di situ.
Sepatutnya KWSP memberikan kelonggaran kepada mana-mana pekerja yang mahu bersara pada umur 55 tahun dengan membenarkan mereka membuat pengeluaran wang KWSP secara total.
Ini adalah masa sesuai untuk mereka merasai nikmat di atas penat lelah mereka selama bertahun-tahun mengerah tenaga dan komitmen yang diberikan mereka.
Nak harapankan dividen KWSP setiap tahun, berapa sangat yang mereka dapat? Ini wang dan hak mereka, kembalikan semula kepada empunya badan!!.
Kena ingat:
“Nilai wang fiat setiap tahun makin lama makin menyusut”P/S : Jumlah hutang kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM470.6 bilion ketika ini manakala hutang kerajaan terhadap KWSP berjumlah RM144.5 bilion.
Mampukah kerajaan membayar semula duit rakyat ini? Kami pulangkan semula persoalan ini untuk kerajaan menjawabnya dan menjelaskannya…
Apa kata dan respon anda pula?
NO COMmENt BRO..!!! Nah Ambik GUla ni….
No comments:
Post a Comment