PUCUK JARUM 7 BILAH BOLEH JUGA DIJADIKAN ULAM ATAU SALAD
Sejak tersiarnya posting bertajuk "Ikhtiar terakhir Untuk Pesakit Kanser" dengan rawatan menggunakan pokok Belalai Gajah atau "Sabah Snake Grass". Penulis banyak menerima email dari pembaca yang ingin memperolehi daun pokok tersebut. Sehingga kini penulis sudahpun mencuba menghubungi seorang kawan yang berbangsa Cina yang mengirim email ini yang diperolehi daripada seorang kawan yang menanam pokok ini tapi belum mendapat sebarang jawapan lagi. InsyaAllah penulis sedang berusaha mendapat maklumatnya nanti. Rasa sedih jika usaha ini gagal untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukannya. Semuga Allah SWT permudahkan pencariannya.
Sementara menunggu untuk mendapat berita tentang pokok belalai Gajah atau Sabah Snake Grass. Apa kata jika pembaca semua mari mencuba sejenis pokok herba yang baik juga iaitu Pokok Jarum 7 Bilah yang boleh merawat penyakit kanser.
Dua malam yang lepas semasa menonton filem melayu di TV2 yang bertajuk "Waris Jari Hantu". Dalam filem tersebut, nenek (lakonan Azean Irdawati) yang sedang memetik daun-daun herba bersama cucunya, ada menyebut tentang khasiat pokok Jarum Tujuh Bilah iaitu baik untuk merawat penyakit barah dan penyakit buah pinggang. Terus penulis teringat ulam yang pernah dibawa balik dari sekolah oleh isteri sebulan yang lalu yang dipetik dari Taman Herba Sekolah bagi dijadikan ulam untuk makan tengahari. Sedap juga daunnya yang lemak dicicah dengan sambal belacan. Tapi masa itu belum tahu lagi apa khasiatnya.
Jadi search punya search memang benar kebenaran khasiatnya yang boleh mengubati kanser dan sakit buah pinggang. Jadi sebagai alternatifnya. Mari cuba dahulu daun ini sebagai penawar kanser. InsyaAllah. Baca tentang tumbuhan ini yang senang diperolehi. Mungkin anda ada tertanam pokok ini sebagai pokok hiasan dilaman rumah tetapi tidak menyedari tentang tumbuhan yang berkhasiat ini.
Pokok Jarum Tujuh Bilah atau nama saintifiknya Pereskia sacharosa/saecnarosa merupakan sejenis pokok yang terdapat di Malaysia dan negara ASEAN yang lainnya. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia merupakan jenis paling primitif dalam keluarga kaktus. Malah ia merupakan tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim kecuali tundra. Keadaan optimum untuk pertumbuhannya adalah sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak.
Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan, pokok ini juga mudah ditanam dengan kaedah cantas dan cucuk. Ia juga boleh membiak melalui biji benih. Daunnya mudah gugur jika terdedah dengan keadaan kering namun mudah pula tumbuh semula apabila air mencukupi. Terdapat 15-20 spesis pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam, kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah. Daunnya yang rangup boleh dijadikan ulam atau salad.
Kegunaan dan Rawatan.
1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain.
2. Sakit Buah pinggang.
Tiga Cara Rawatan:
1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.
Peringatan:
Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat Cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun. Kopi o tak mengapa.
No comments:
Post a Comment