search

Thursday, August 2, 2012

Pasar Karat Kuala Lumpur

 


Hoho, mesti ada di antara korang tak pernah dengar yang kat KL ni ada Pasar Karat. Yeap, memang ada. Pasar Karat Kuala Lumpur ni terletak di lorong belakang Petaling Street pada koordinat GPS 3°8'35"N 101°41'53"E. *ambik kau, GPS coordinate kasi mari, huhu -,- Sudah lebih 30 tahun beroperasi sejak tahun 1980. Waktu beroperasinya pula pada hari Sabtu dan Ahad bermula seawal 4.30 pagi sehingga pukul 9.30 pagi.

Pagi semalam, Arib sempat berkunjung ke sana bersama seorang rakan Arib, Meor Aliff. Awal-awal pagi lagi, kitorang bersiap-siap ke sana. Pukul 7.15 pagi, kitorang berjumpa di stesen LRT Maluri dan seterusnya bergerak menuju ke stesen Hang Tuah. Then, berjalan kaki ke sana melalui jalan yang terletaknya SMK Victoria, Stadium Negara, Methodist Boys School, Wisma Malaysia Basketball (MABA), dan Rumah Pengakap. Kira-kira pukul 7.30 pagi, sampailah kitorang kat Pasar Karat. Woohoo!

Apa yang boleh didapati kat sini ialah barangan antik, barangan second-hand seperti handphone, kamera, gameboy, MP3 Player, dan bermacam-macam lagi. Kalau korang bernasib baik, korang boleh dapat barangan tersebut dengan harga yang sangat murah. Ada suatu cerita, seorang pengunjung ada membeli iPad dengan harga RM350 kat Pasar Karat ni. *klik sini untuk berita selanjutnya. Selalunya kalau nak dapat barang-barang murah ni kena pergi awal-awal pagi. Tapi awas, tak semua barang berfungsi dengan baik. So, kena test betul-betul before membeli (:

Lama betul Arib tak pergi ke Pasar Karat ni. Last pergi pun time darjah 6 dulu. Masa Arib sekolah rendah dulu, ayah Arib selalu bawak Arib pergi sini. Kadang-kadang tu, Ayah cakap yang dia tak pergi ke Pasar Karat pada minggu tersebut, Arib akan meronta-ronta macam orang kehilangan anak *ehhh==" Haha. Mana taknya, Arib kan hantu handphone. Pergi sana jew mesti mintak ayah beli handphone itu ini, haishh. *zaman tak matang lagi, tau mintak jew. Untuk makluman, kat sini lah ayah Arib belikan handphone pertama Arib iaitu model Nokia 3530 ketika Arib darjah 5 (2005).

Lama kelamaan, usia melangkaui usia, Ayah Arib dah tak pernah lagi bawak Arib ke sana. Entah, maybe masing-masing busy. Tambah-tambah lagi Arib dah duduk asrama, memang susah nak pergi. So semalam laa, Arib imbau kembali memori time kecik-kecik dulu.

Setelah sejam berjalan-jalan di sana, akhirnya Arib membeli dua buah handphone rosak yang masih boleh dibaiki untuk koleksi simpanan handphone Arib kat rumah tuu. Satu model Nokia 5200 XpressMusic yang Arib beli dengan harga RM20 dan satu lagi model handphone pertama Arib, Nokia 3530 yang dibeli dengan harga RM10 (: *nanti masa dah bergelar 'atuk' nanti, boleh tunjuk kat cucu-cucu, hohoho~

    why pasar ni nama dia 'Pasar Karat'? *takde nama lain kea? Kalau korang peminat barangan second hand or antik ni, memang familiar kowt nama Pasar Karat ni dengan korang. Disebabkan barangan yang dijual kebanyakannya sudah lapuk dan berkarat, so terciptalah nama Pasar Karat ni. Pasar Karat seperti ni ada jugak di Ipoh, Johor Bahru, dan tak lupa juga di Singapura.
Sekian sahaja untuk kali ni. Terima kasih kerana membaca yeaa!

Harga HandPhone up2dated

Written by, Arib Ismail

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang mintak pandangan kat Arib mengenai telefon bimbit ni atau istilah popular yang orang Malaysia selalu sebut ialah handphone. Pertanyaan utama yang sering ditanya ialah mengenai harga terkini handphone. So dalam post kalini Arib nak share harga hanphone yang latest dekat Malaysia ni. Klik 'read more' untuk selanjutnya!

Hahh, masa kat sekolah, asrama, facebook, or mana-manalah, ramai yang tanya kat Arib mengenai harga handphone. Ada kadang-kadang tu, pukul 3 pagi orang call Arib sebab nak tanya benda tuu, HAHA. FYI, Arib mula menghafal harga dan fungsi setiap model handphone sejak dari darjah 5. *memang takde kerja kan? HAHA. Walaupun menghafal harga dan fungsi handphone nampak pelik tetapi ia merupakan sesuatu yang menyeronokan. Disamping boleh share ilmu dekat orang lain, sambil-sambil tu boleh dapat banyak pengalaman bersama handphone ni. Ehhh, jauh pulak menyimpang. Nak cerita harga handphone jea, cerita lain pulak keluar, haha. Okay, back to the topic.
Apa itu RRP dan AP?
First thing Arib nak beritahu before korang tengok list harga kat bawah, korang perlu tahu dulu apa itu RRP dan AP. Lihat explanation Arib di bawah ni.

RRP: Singkatan daripada Retail Recommended Price (Harga Official) atau istilah lain yang orang selalu dok sebut ialah harga untuk handphone Original Set.
AP: Singkatan daripada Approved Product atau istilah yang biasa kita dengar ialah harga untuk handphone AP set.

Huhhh, apa beza handphone Original vs AP ni? Okay, baca explanation Arib ni elok-elok. Perbezaan ketara handphone AP set dan Original set ialah perbezaan pengedar dan waranti jea. Arib ambil contoh kat sini, handphone Nokia Lumia 800. Untuk makluman, Nokia Lumia 800 AP set juga dibuat di kilang Nokia. Cuma semasa diedarkan, ia tidak melalui pengedar yang diiktiraf oleh Nokia. Kalau handphone itu diedar melalui pengedar yang diiktiraf Nokia, ia akan bertukar menjadi set Original dan sudah tentu harganya lebih mahal. Untuk waranti pulak, AP set selalunya memberi servis waranti selama 15 bulan berbanding Original set yang menetapkan hanya selama 12 bulan dari tarikh pembelian sahaja. Cuma apa yang menarik tentang Original set ni, tempat nak tuntut waranti ni banyak cawangannya. So kalau korang suka travel, ambik Original set. Kalau korang punya rumah dekat dengan kedai handphone yang korang beli tuu, better beli AP set jea.
Satu lagi, apa yang membuatkan handphone Original set mahal, waranti 12 bulan itu akan recover untuk semua kerosakan manakala waranti 15 bulan AP set hanya recover certain kerosakan sahaja. Untuk aksesori pembelian, ia lengkap sama seperti Original set jika korang memilih untuk membeli handphone AP set dalam keadaan Full Set. Ya, AP set membenarkan pembeli untuk membeli sama ada handphone sahaja atau Full Set yang lengkap dengan kotak dan aksesori sama seperti Original set.
Arib merupakan salah seorang pengguna handphone AP set dan untuk makluman, Arib tidak pernah membeli sebarang handphone Original set setakat ini. Buat apa nak bayar mahal-mahal untuk waranti? Kalau jaga elok-elok, Insya'Allah tak rosak. Melalui pengalaman Arib, handphone AP set yang Arib beli tidak pernah lagi mengalami sebarang kerosakan. Nokia 5320 XpressMusic merupakan salah satu handphone AP set yang Arib pernah beli. Tiga tahun Arib menggunakannya. Sudah terjatuh banyak kali, tapi still berada dalam keadaan yang kukuh. Tidak pernah pulak meragam. Ini kerana seperti yang Arib cakap, AP set dan Original set juga dibuat di kilang jenama yang sama. Cuma pengedar sahaja yang berlainan. Kualiti tetap sama seperti Original set. Jadi, tak perlulah korang memandang enteng dan risau dengan handphone AP nih yea.
Selepas membaca panjang lebar explanation Arib di atas, hahh, sekarang bolehlah korang rujuk harga di bawah ni. Selamat mencuci mata harga ;)

Old Model Series
Nokia 1208 - RRP: RM95-RM105 / AP: RM80-RM90
Nokia 1280 - RRP: RM109 / AP: RM95-RM100
Nokia 1616 - RRP: RM149 / AP: RM105-RM115
Nokia 1650 - AP: RM255-RM265
Nokia 1800 - RRP: RM115-RM125 / AP: RM110-RM120
Nokia 2220 - RRP: RM190-RM200 / AP: RM145-RM155
Nokia 2330 Classic - RRP: RM199
Nokia 2680 Classic - AP: RM205-RM215
Nokia 2600 Classic - AP: RM235-RM245
Nokia 2700 Classic - RRP: RM240-RM250
Nokia 2710 Navigation - RRP: RM325-RM335 / AP: RM320-RM330
Nokia 2720 - AP: RM190-RM200
Nokia 2730 - RRP: RM260-RM270 / AP: RM245-RM255
Nokia 3500 Classic - RRP: RM300-RM310 / AP: RM255-RM265
Nokia 5250 - RRP: RM440-RM455 / AP: RM420-RM435
Nokia 5130 Xpress Music - RRP: RM300-RM310 / AP: RM250-RM260
Nokia 6303 Classic - RRP: RM415-RM430 / AP: RM325-RM335
Nokia 6700 Classic - RRP: RM675-RM690 / AP: RM490-RM505
Nokia 7100 Supernova - AP: RM260-RM270
Nokia 7230 - RRP: RM370-RM385 / AP: RM330-RM340
New Model Series
Nokia 100 - RRP: RM115-RM125 / AP: RM95-RM105
Nokia 101 - RRP: RM120
Nokia 500 - RRP: RM570-RM590 / AP: RM460-RM475
Nokia 700 - RRP: RM645-RM660
Nokia 701 - RRP: RM765-RM780
Nokia Asha 200 - RRP: RM255
Nokia Asha 300 - RRP: RM360 / AP: RM305-RM315
Nokia Asha 302 - RRP: RM399
Nokia Asha 303 - RRP: RM549 / AP: RM425-RM460
Nokia Asha 305 - Akan datang!
Nokia Asha 306 - Akan datang!
Nokia Asha 311 - Akan datang!
Nokia C1-00 - RRP: RM110-RM120 / AP: RM125-RM135
Nokia C1-01 - RRP: RM175-RM185 / AP: RM160-RM170
Nokia C1-02 - AP: RM150-RM160
Nokia C2-01 - RRP: RM270-RM280 / AP: RM235-RM245
Nokia C2-02 - AP: RM240-RM250
Nokia C2-03 - RRP: RM270-RM280 / AP: RM265-RM275
Nokia C3-00 - RRP: RM320-RM330 / AP: RM280-RM290
Nokia C5-00 - RRP: RM485-RM500 / AP: RM590-RM605
Nokia C5-03 - RRP: RM525-RM540 / AP: RM495-RM510
Nokia C6-00 - RRP: RM775-RM790 / AP: RM715-RM730
Nokia C6-01 - RRP: RM775-RM790 / AP: RM645-RM660
Nokia C7-00 - RRP: RM920-RM950 / AP: RM890-RM920
Nokia X1-01 - RRP: RM145-RM155 / AP: RM135-RM145
Nokia X2-00 - RRP: RM300-RM310 / AP: RM280-RM290
Nokia X2-01 - RRP: RM280-RM290 / AP: RM265-RM275
Nokia X2-02 - RRP: RM240-RM250
Nokia X3 Touch and Type - RRP: RM475-RM490 / AP: RM445-RM460
Nokia X6 16GB - RRP: RM825-840 / AP: RM790-805
Nokia X7-00 - RRP: RM1055-RM1085
Nokia E5 - RRP: RM585-RM600 / AP: RM555-RM570
Nokia E6 - RRP: RM870-RM900 / AP: RM790-RM805
Nokia E7 - RRP: RM1115-RM1145 / AP: RM1040-RM1070
Nokia E52 - RRP: RM810-825 / AP: RM685-RM700
Nokia E72 - RRP: RM1000-RM1030 / AP: RM775-RM790
Nokia E75 - AP: RM595-RM610
Nokia N97 mini - AP: RM775-RM790
Nokia N8 - RRP: RM1299 / AP: RM1020-RM1099
Nokia N9 - RRP: RM1245 / AP: RM1150-RM1180 (16GB)
Nokia Lumia 610 - RRP: RM699
Nokia Lumia 710 - RRP: RM799
Nokia Lumia 800 - RRP: RM1499 / AP: RM1275-RM1355
Nokia 808 PureView - RRP: RM1899

Sony Xperia S - RRP: RM1899 / AP: RM1799
Sony Xperia P - RRP: RM1499
Sony Xperia U - RRP: RM899
Sony Xperia Sola - RRP: RM999
Sony Xperia go - RRP: RM999
Sony Xperia ion - Akan datang!
Sony Xperia acro S - Akan datang!
Sony Xperia miro - Akan datang!
Sony Xperia tipo - Akan datang!
Sony Xperia neo L - RRP: RM899
Sony Ericsson Xperia X8 - RRP: RM435-RM450 / AP: RM390-RM405
Sony Ericsson Xperia X10 Mini - RRP: RM385-RM400 / AP: RM325-RM335
Sony Ericsson Xperia X10 Mini Pro - RRP: RM430-RM445 / AP: RM400-RM415
Sony Ericsson Xperia mini - RRP: RM485-RM500 / AP: RM430-RM445
Sony Ericsson Xperia mini pro - RRP: RM550-RM565 / AP: RM480-RM495
Sony Ericsson Xperia Active - RRP: RM790-RM805 / AP: RM700-RM715
Sony Ericsson Xperia Ray - RRP: RM770-RM785 / AP: RM690-RM705
Sony Ericsson Xperia pro - RRP: RM880-RM910 / AP: RM725-RM740
Sony Ericsson Xperia neo - RRP: RM1330-RM1410 / AP: RM900-RM930

Sony Ericsson Xperia neo V - RRP: RM830-RM845 / AP: RM795-RM810
Sony Ericsson Xperia Play - RRP: RM970-RM1000 / AP: RM945-RM975

Sony Ericsson Xperia arc - RRP: RM1350-RM1430 / AP: RM1025-RM1055
Sony Ericsson Xperia arc S - RRP: RM1340-RM1420 / AP: RM1010-RM1040
Sony Ericsson Live with Walkman - RRP: RM640-RM655 / AP: RM590-RM605
Sony Ericsson W8 Walkman - RRP: RM445-RM460 / AP: RM410-RM425
Sony Ericsson Vivaz - RRP: RM590-RM605 / AP: RM560-RM575
Sony Ericsson Vivaz Pro - RRP: RM715-RM730 / AP: RM650-RM665
Sony Ericsson Aino - RRP: RM815-RM830
Sony Ericsson Spiro - RRP: RM205-RM215 / AP: RM190-RM200
Sony Ericsson Zylo - RRP: RM325-RM335 / AP: RM320-330

Sony Ericsson Yendo - RRP: RM250-RM260 / AP: RM225-RM235
Sony Ericsson Aspen - RRP: RM735-RM750 / AP: RM675-RM690
Sony Ericsson Cedar - RRP: RM245-RM255 / AP: RM230-RM240
Sony Ericsson Elm - RRP: RM400-RM415 / AP: RM390-RM405
Sony Ericsson Hazel - RRP: RM495-RM510 / AP: RM470-RM485
Sony Ericsson Naite - RRP: RM415-RM430

Sony Ericsson TXT - RRP: RM260-RM270 / AP: RM220-RM230
Sony Ericsson TXT Pro - RRP: RM310-320 / AP: RM295-RM305
Sony Ericsson Mix Walkman - RRP: RM295-RM305 / AP: RM260-RM270

Samsung Galaxy Y - RRP: RM499 / AP: RM460-RM475

Samsung Galaxy Y Duos - RRP: RM699 / AP: RM670-RM685
Samsung Galaxy W - RRP: RM955-RM999 / AP: RM940-RM970
Samsung Galaxy R - AP: RM1435-RM1515

Samsung Galaxy Xcover - AP: RM750-RM765
Samsung Galaxy Gio - RRP: RM490-RM505 / AP: RM465-RM480
Samsung Galaxy Fit - RRP: RM685-RM700 / AP: RM615-RM630
Samsung Galaxy Ace - RRP: RM799 / AP: RM650-RM680
Samsung Galaxy Mini - RRP: RM525-RM540 / AP: RM500-RM515

Samsung Galaxy Mini 2 - RRP: RM599

Samsung Galaxy SL - RRP: RM1299 / AP: RM1060-RM1189

Samsung Galaxy S Advance - RRP: RM1099
Samsung Galaxy S Plus - RRP: RM1299 / AP: RM1160-RM1189

Samsung Galaxy S II - RRP: RM1499

Samsung Galaxy Nexus - RRP: RM2099 / AP: RM1800-RM1899
Samsung Galaxy Note - RRP: RM1999 / AP: RM1799

Samsung Galaxy S III - RRP: RM2199
Samsung Wave Y - RRP: RM405-RM420
Samsung Wave II - RRP: RM955-RM985

Samsung Wave 3 - RRP: RM910-RM940
Samsung Corby 2 - RRP: RM285-RM299
Samsung Champ - RRP: RM200-RM210
Samsung Champ Duos - RRP: RM280-RM290

HTC Explorer - RRP: RM529
HTC Wildfire - AP: RM450-RM515
HTC Wildfire S - RRP: RM599
HTC ChaCha - RRP: RM799

HTC Incredible S - RRP: RM1199 / AP: RM1145-RM1175

HTC Droid Incredible 2 - AP: RM1430-1510
HTC Salsa - RRP: RM999 / AP: RM960-RM990
HTC Desire HD - RRP: RM1199 / AP: RM1075-RM1105
HTC Desire C - RRP: RM738
HTC Desire S - RRP: RM980-RM1010 / AP: RM945-RM975

HTC Desire Z - RRP: RM865-RM895 / AP: RM830-RM845
HTC Desire V - RRP: RM1099
HTC Radar - RRP: RM1399
HTC Rhyme - RRP: RM1399
HTC Sensastion - RRP: RM1345-RM1420 / AP: RM1320-RM1400
HTC Sensastion XE - RRP: RM RM1699 / AP: RM1665-RM1745

HTC Sensastion XL - RRP: RM2099 / AP: RM1790-RM1870
HTC EVO 3D - RRP: RM1599 / AP: RM1255-RM1335
HTC HD7 - RRP: RM1970-RM2050 / AP: RM1010-RM1040

HTC One X - RRP: RM2099
HTC One X + Beats Solo - RRP: RM2499
HTC One S - RRP: RM1838

HTC One V - RRP: RM999

BlackBerry Torch 9800 - RRP: RM1240-RM1270 / AP: RM1170-RM1200

BlackBerry Torch 9810 - RRP: RM1649
BlackBerry Torch 9860 - RRP: RM1225-RM1255

BlackBerry Curve 8520 - RRP: RM488 / AP: RM450-RM480
BlackBerry Curve 9220 - RRP: RM599
BlackBerry Curve 9300 3G - RRP: RM670-RM685 / AP: RM655-RM670
BlackBerry Curve 9320 - RRP: RM799
BlackBerry Curve 9360 - RRP: RM1166 / AP: RM975-RM999

BlackBerry Curve 9380 - RRP: RM1166
BlackBerry Bold 9700 - AP: RM699

BlackBerry Bold 9780 - RRP: RM999

BlackBerry Bold 9790 - RRP: RM1488 / AP: RM1355-RM1435

BlackBerry Bold 9900 - RRP: RM1988 / AP: RM1740-RM1820

BlackBerry Bold 9930 - AP: RM1575-RM1655
BlackBerry Porsche Design P'9881 - RRP: RM6388

iPhone 3G - AP: RM699 (16GB)
iPhone 3GS - RRP: RM1299 (16GB)
iPhone 4 - RRP: RM1799 (8GB)
iPhone 4S - RRP: RM2199 (16GB) RM2499 (32GB) RM2799 (64GB)
Last updated: 11 Julai 2012, 4.28pm

Hahhh, amacam? Puas tengok harga handphone? Hehe, selalulah jenguk blog ni kalau nak tengok harga terkini handphone. Apa lagi, bookmark cepat blog ni! Hee. Insya'Allah Arib akan update harga phone ni setiap bulan. Apa yang penting, jadilah pengguna yang bijak. Jangan membazir yea ;)

“Sebangsa, Senegara, Sejiwa,” Pak Samad

 

             “Sebangsa, Senegara, Sejiwa,” Slogan - HARI MERDEKA -

                       Pilihan Pak Samad Untuk PKR

      

Pengumuman itu dibuat oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat hari ini.


“Dia (kerajaan) kena ingat, (tema ini) datang dari rakyat sendiri. Kalau dia tak nak dengar kita (Pakatan Rakyat) tak apa…tapi dengar kata rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.
Beliau berkata, tema ini dirangkum daripada tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.
“Kita harus bermula dengan bangsa untuk membina negara. Jadi negara, bangsa dan jiwa itu diambil seringkasnya, dengan tidak ada apa-apa niat kecuali itulah niatnya – untuk menyatakan secara kudus dan tulus.
“Kami rumus dan ranumkan sehingga kami memilih “Sebangsa, Senegara, Sejiwa,” tegas Pak Samad.

Slogan ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ diilhamkan Alhaimi Adam, antara 250 slogan yang diterima Sekretariat Pakatan Rakyat selepas pengumuman cadangan tema alternatif dibuat sekretariat tersebut 24 Julai lalu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemilihan tema oleh Pakatan Rakyat lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia.

“Kita turut cadangkan logo dan lagu mesti serasi dan selari dengan tema yang dicadangkan. Kami akan hantar secara rasmi kepada kerajaan Malaysia,” katanya.


Hadir sama, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Ahli Jawatamnkuasa Bersih, Dr Toh Kin Woon dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.
Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan turut dianggotai bekas Pengarah Eksekutif  Women’s Aid Organisation (WAO), Ivy Josiah dan bekas Pengerusi Proham, Tan Sri Simon Sipaun.

                            

Wednesday, August 1, 2012

Justice For Rafizi

                                   

    uMNo can fool all the people some of the time,

                             And some of the people all the time,

     But they cannot fool all the people all the time.

   Sebuah laman Facebook bernama "Kami Bersama Rafizi" dilancarkan oleh para penyokong Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli petang tadi. Setakat ini sudah lebih 700 orang LIKE laman FB tersebut.


Rafizi yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi tadi. Beliau telah dibebaskan dan diikat jamin berjumlah RM15,000.
Beliau dijamin oleh Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad. Kes ditetapkan pada 10 September nanti.

Pihak pengendali laman Facebook tersebut memberikan tiga perkara yang harus diketahui umum:

1) Cara pihak polis & Bank Negara MENYERBU rumah Rafizi pagi ini adalah tidak munasabah langsung, sedangkan suami Shahrizat pun tidak dilayan sebegitu.


2) Tuduhan terhadap Rafizi adalah untuk MENDIAMKAN beliau yang dalam proses mendedahkan penyalahgunaan kuasa PM Najib


3) "Najib, rakyat memerhatikanmu"


     Sementara itu, ramai pemimpin-pemimpin termasuk tokoh agama mempersoalkan penahanan dan pendakwaan Rafizi diantaranya termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan tangkapan Rafizi sebenarnya adalah untuk menututup penyelewengan Umno BN.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi.
Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan pendakwaan ke atas Rafizi sebagai tindakan terdesak mereka yang bakal kehilangan kuasa.


Sementara AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar pula berkata, segala janji transformasi Najib adalah pembohongan apabila mendakwa Rafizi hari ini.


Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam twitternya menyebut:

"Tidak pelik jika pencuri telur didakwa, cuma pelik di dalam masa yang sama pencuri ayam, kambing, kerbau dll bebas berkeliaran.        


                      LINK FB : "Kami Bersama Rafizi"

                       (  https://www.facebook.com/kami.bersama.rafizi  )

 

SULTAN KU

 

                    

MALAYSIA TRUE COLOUR

 

Lu Sokong Gua TALAK ALA GALI...
                                        ALa LAWAN SAMA KALU..
                                                    GALI sama luu.....

Cilok dr KedahLane press

Lagu Tema - Janji Ditepati (Hari Merdeka ke-55) --- Apa kata Anda

 

     Tolong dengar lagu n beri komen

      http://www.youtube.com/watch?v=DG—QGXqnlM