search

Saturday, January 18, 2014

Lenovo S930 Review - Malaysia

 

  Dual Sim

Gajet adalah medium pengantara antara komunikasi manusia, baik yang muda atau tua pasti memilikinya, apa tah lagi anak kecil?
Tentu pembaca artikel ini juga memiliki gajet yang canggih kan? Pastinya keperluan gajet ini adalah satu kemestian bagi kita. Pelbagai perkara boleh kita lakukan untuk mengisi masa terluang, tetapi...jangan lupa tanggungjawab jika anda seorang suami/ isteri.
Oppss..saya bukan nak bersyarah tetapi ingin berkongsi dengan anda. Terima kasih daun keladi kepada admin kerana sudi memberi saya ruang untuk berkongsi dengan pembaca OMG! Hackers?.


Anda pernah dengar telefon pintar mudah alih LENOVO?
Alihkan perhatian anda kepada jenama ini sebentar kerana ianya lebih berbaloi dari jenama lain yang tidak ingin saya sebutkan *tentu anda tahu*. Entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai penggunaan Lenovo S930 . Saya ingin imbas kembali pengalaman saya mengenai penggunaan telefon pintar mudah alih jenama lain yang pernah saya guna. Bagi saya ianya memang menepati citarasa. Tetapi jika anda seorang yang mementingkan nilaian harga yang rendah tetapi berbaloi, saya sarankan anda menggunakan Lenovo.


Dari segi penggunaanya sangatlah 'superb'. Saya beri anda spesifikasi telefon pintar mudah alih ini dahulu jika anda ingin bandingkan dengan jenama lain;

Sumber : GSM Arena
Harga pasaran sekitar kuala lumpur adalah RM1100.00. Jika anda ingin dapatkannya, pastikan ianya bukan AP set atau klon.


Gaming:
Peranti ini menggunakan pemproses MediaTek MT8582, Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7, dan menggunakan PowerVR SGX544 sebagai pemproses grafik. Dari segi prestasi untuk kepermainan (gaming), saya memang tiada komen buruk mengenai telefon ini kerana setiap permainan yang mempunyai kualiti grafik yang tinggi seperti Nova 3, Modern Combat 4: Zero Hour, Dead Trigger 2, dan lain-lain lagi yang 'dilontarkan' kepadanya memang tiada masalah dari segi lagging dan sebagainya.
Setiap permainan dapat dimainkan dengan cemerlang sekali. Tiada lag, tiada glitch, tiada komplen. Hehe..


Kualiti Audio:
Seperti yang dapat anda lihat pada spesifikasinya, Lenovo S930 dikuatkuasakan dengan 'Dolby Digital Plus Sound Enhancement'. Selain itu, ia mempunyai dua speaker yang ditala ke depan, tidak seperti telefon-telefon bimbit pintar lain yang ditala ke belakang. Tak lupa juga dua speaker tersebut bunyinya teramatlah cemerlang, dan ia juga stereo, maka setiap video atau apa juga bunyi yang keluar melaluinya amatlah memuaskan hati. Saya mesti pilih! Hahaha!


Kualiti Kamera:
Kamera belakang yang dimuatkan dalam peranti ini beresolusi 8MP, beserta flash. Kamera di depan pula beresolusi 1.6MP, cukup untuk anda buat aksi selfie dan muat naik terus ke laman Facebook. Saya tak dapat nak komen banyak mengenai kamera kerana rasanya ia patut diulas panjang dalam entri yang lain. Tetapi cukuplah saya lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan anda supaya anda dapat nilai sendiri kualiti gambar dari kamera 8MP-nya:

Jangka Hayat Bateri (Battery Life):
Lenovo S930 dimuatkan bersama bateri removable Li-Po 3000 mAh. Sila abaikan spesifikasi dari GSM Arena yang mengatakan ia non-removable, kerana berkemungkinan ia satu cubaan sabotaj terhadap Lenovo. Hehehe..
Jika anda 'rajin' menggunakan aplikasi seperti Telegram, WhatsApp dan Facebook, serta sentiasa kekal diatas talian dari mula anda discharge, InsyaAllah baterinya boleh bertahan dari 7.00AM hingga 12.00AM. Jadi saya jangkakan kalau ia tidak digunakan secara intensif, baterinya boleh bertahan dalam dua hari. Memang terbaik.


Rumusan:
Kalau anda mahu sebuah telefon bimbit phablet bersaiz besar (6 inci), mempunyai kualiti speaker yang mengagumkan, kualiti kamera yang boleh diharap sentiasa, kualiti bateri yang sangat memuaskan hati, pemproses yang mampu mengendalikan setiap tugas-tugas berat dan gaming yang intensif, maka pakej berkualiti semua dalam satu ini InsyaAllah ada dalam Lenovo S930.


Saya berharap agar rakyat Malaysia dapat membuka mata dan minda kepada jenama ini kerana sebelumnya ia sudah 'well established' dalam dunia Laptop, dan kini ia cuba bersaing pula dalam arena telefon bimbit pintar. Beri peluang kepada Lenovo, dan beri peluang kepada diri anda sendiri untuk merasai teknologi yang cuba dibawa oleh pesaing baru ini.
Saya yakin anda akan pasti berpuas hati.

 

                   lenovo  New comer STAR LENOVO

Thursday, January 9, 2014

Petua Menghilangkan Sakit Gigi

                              

Petua 1

  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. 
  • Gunakan air ini untuk berkumur. 
  • Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

Petua 2
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. 
  • Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

Petua 3  
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

Petua 4   
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. 
  • Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

Petua 5
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda. 
  • Sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

Petua 6
  • Untuk gigi geraham berlubang. 
  • Tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. 
  • Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

Petua 7  
  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

 

Petua 8     

    .  Sapukan Gambir serawak pada gigi.

 

Sumber : 101petua

Tuesday, January 7, 2014

Back Pain Exercice

                            

http://www.youtube.com/watch?v=UZziz64PNpY

The exercise they got from library in 1992 (Tulsa) Very gentle and effective. Good luck to you.

Vdo : -  first 10 - 15 min - Test your back.

          - Part 1 - 2 week.

             Part 2 - 2 weeks

             Part 3  - 2 weeks

  After complete the course ,repeat the Test, Feel d pain are there gone.?

 

                     GOOD LUCK

 

Wednesday, January 1, 2014

The Benefits of Wheatgrass

Potent Sunlight Energy

         

There are many, many benefits of wheatgrass and reasons why you should make it a part of your diet. Wheatgrass juice, a liquid so full of health elements that it helps prevent serious illnesses, comes from a surprisingly common plant: wheat.benefits-of-wheatgrass-sunshine

Just before the wheat plant blooms into a massive growth spurt (a stage known as jointing), wheatgrass, which at that point is full to bursting with potent power and energy, is cut and juiced. Drinking wheatgrass juice is one way to get the most out of this incredibly healthy plant.When properly done, just an ounce of this juice can give your body astounding healing results. A few benefits of wheatgrass include:
•    Induces better sleep, thus more energy
•    Improves eyesight and gives clearer night vision
•    Cleaner lymphatic systems, resulting to stronger immune system
•    Decreases food cravings because of its fibrous content
•    Reduces inflammation
•    Detoxification on a cellular level—removes metals from the blood.
•    Increases clarity of the mind
•    Provides steadier nerves
•    Gives a better overall physical and mental sense of well-being

         wheatgrass drink

Over the years more and more people become convinced of the effectiveness and the health advantages that come from wheatgrass juice. There is plenty of proven research as to why wheatgrass benefitsthe body so well. Some of these findings have proven that wheatgrass contains more than 20 amino acids, 92 minerals that are needed by your body, and has a higher level of protein than any other kinds of food.

                       
The best thing about wheatgrass juice it is that it contains 70% chlorophyll – the pure sunlight energy plant enzyme, which helps oxygenate the body and is also proven to decrease activity of cancer-causing agents – there is a strong link between wheatgrass and cancerprevention. In fact, it’s so nutritious that an ounce of it is equal to 2 ½ pounds of vegetables.
With just an ounce or two of daily wheatgrass juice intake, you’ll be able to see some of the many benefits of wheatgrass.


Got some wounds that are slow to heal? Dab them with some wheatgrass juice, and the healing process will speed up.


Got tooth decay? Gargle with this juice at least once a day and get fresher, cleaner mouth.
Want to lose weight? Wheatgrass is fibrous so it curbs your body’s food cravings.
We can go on and on with more benefits of drinking wheatgrass…the best thing to do is check it out for yourself.