search

Saturday, May 4, 2013

Ku Li dituduh penderhaka Raja

Selain dituduh berusaha menghalang Sultan Muhammad V menjadi Sultan, Ku Li juga didakwa mengakui sebagai Raja Kelantan

PETALING JAYA: Menjelang hari mengundi esok, Tengku Razaleigh Hamzah yang bertanding mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang didakwa sebagai penderhaka kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Presiden Pertubuhan Kerabat Diraja Kelantan Al-Muhamadi, Tengku Ibrahim Farihadin Tengku Faissal menyatakan perkara ini dalam satu majlis di Gua Musang, Khamis lalu.

   

(Tengku Ibrahim berucap di depan Tuanku Sultan dan rakyat Kelantan yang memenuhi Dewan Sivik Gua Musang)

Sultan Kelantan turut berangkat hadir di majlis tersebut.

Selain dianggap penderhaka kerana berusaha menghalang Sultan Muhammad, Ku Li juga dituduh mengakui sebagai Raja Kelantan.

“Bos set (kumpulan) derhaka ialah Ku Li. Macam mana Ku Li boleh mengaku Raja, dari dulu lagi mengaku anak Raja.

“Tadak (tidak ada) keturunan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Raja.

“(Dia) tak boleh jadi Raja walau seinci tanah di negeri Kelantan ini. Sultan dah tarik darjah kebesaran pada 2 Disember 2010,” katanya dalam majlis tersebut seperti dimuatkan dalam YouTube.

Dalam ucapannya itu, Tengku Ibrahim juga mendakwa, Ku Li menggunakan  pelbagai cara termasuk mahkamah, Majlis Raja-raja, kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan untuk menghalang Sultan Muhammad menjadi Sultan Kelantan.

Beliau juga meminta pengundi Gua Musang menolak Tengku Razaleigh.

Bagaimanapun, menurutnya usaha Ku Li gagal kerana semua pihak itu menerima perlantikan Sultan Muhammad adalah sah.

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=y4tOo9Ft7Qg

Posted by mountdweller

No comments:

Post a Comment